Lajnah dan Exco

Wednesday, December 29, 2010

PADAH NESCAFE 3 IN 1 DAN SEUMPAMANYA...


Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bengun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
tulang dia reput.....


Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

  Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan. Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

   Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat
dikenalpasati:

1.Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

2. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

3. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

4. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap
.
5. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

6. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

7. Tapak tangannya.semakin basah.

   Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini
adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1.  Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2.  Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3.  Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi

4.  Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5.  Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6.  Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7.   Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada
 nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

  Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

  Sebab itu lah orang  ISRAEL tidak makan produk dmereka sendiri.Mereka hanya minum susu dan makanan-makanan berkhasiat. Mereka amat menitikberatkan soal pemakanan teruatamanya pemakanan bagi ibu yang mengandung.

 
Sekian wassalam wallahuaqlam. 

'Sharing is caring"

Kasih Sayang Allah SWT

  Suatu ketika Siti Aisyah radiallahuanha iaitu isteri rasulullah SAW telah diziarahi oleh seorang ibu tua bersama dua orang anaknya yang mana mereka bertiga ini tersangatlah lapar semasa Rasulullah SAW tidak ada di rumah. Maka Siti Aisyah pun telah melayan dan menghidangkan mereka 3 biji kurma, iaitu seorang 1 biji kurma. Bukanlah Aisyah kedekut tidak mahu bagi mereka kurma lebih, walhal Aisyah dan suaminya, Rasulullah hanya mempunyai 3 biji kurma itu saja yg tinggal. Setelah dihidangkan, maka di rumah Rasulullah sudah tidak ada makanan lain. Dengan sifat kasih sayang isteri Rasulullah yg byk dididik oleh suaminya, maka Aisyah sanggup berlapar demi melihat ibu tadi bersama anaknya dapat menghilangkan kelaparan.Setelah itu, begitu laparnya kedua orang anak ibu tunggal tersebut sehingga keduanya makan dengan begitu cepat sekali dan keduanya memandang kurma ibu mereka kerana kelaparan kedua anaknya belum lenyap. Walhal ibunya tadi merasakan kelaparan yang tidak terhingga. Tetapi, dengan sebab kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang tidak terhingga, maka ibunya telah membelah kurma tersebut untuk dibahagikan samarata supaya kedua anaknya mendapat seorang separuh biji kurma. Lalu kedua anaknya makan dengan begitu cepat. Dengan kelaparan ibu tadi tanpa memakan kurma membuatkan Siti Aisyah mengeluarkan air mata kerana terlalu sebak, ibu itu sanggup berlapar asalkan anaknya kenyang.

   Setelah Rasulullah SAW balik ke rumah, maka Siti Aisyah telah menceritakan perihal ibu tadi yang sanggup berlapar demi melihat kedua anaknya dalam keadaan kenyang kepada suaminya, Rasulullah SAW. Selepas Rasulullah SAW mendengar cerita daripada Siti Aisyah, maka Rasulullah telah bersabda: "sesungguhnya Allah swt sayang pada manusia 70 kali ganda lebih daripada sayangnya ibu pada seorang anaknya"



  
  Tersebut kisah waktu ketika dahulu, ada seorang wanita yang sangat cantik dan digilai ramai. Ada seorang pemuda yang sangat mencintainya telah merayu agar wanita itu boleh bersamanya. Setelah dirayu-rayu dengan pelbagai cara, wanita itu kemudian memberikan syarat yang tidak masuk akal dengan niat pemuda itu akan berputus asa dari merayunya. Syaratnya ialah membawa kepala ibu pemuda tersebut kepadanya.
 
  Berlarilah pemuda itu ke rumah dan memenggal kepala ibunya. Kemudian, dalam dia berlari membawa kepala ibunya kepada wanita itu, maka terjatuhlah dia. Dengan kuasa Allah, kepala ibu itu boleh berbicara dan bertanya anaknya "Wahai anakku, adakah keadaan engkau baik? lukakah kulitmu?bolehkah kau bangun anakku?"

  MasyaAllah, walau dalam keadaan ini pun hati seorang ibu masih memikirkan tentang kebajikan anaknya. Sedangkan anaknya telah melampaui batas terhadapnya.

  Beginilah sanggupnya seorang ibu berkorban untuk anaknya kerana terlalu kasih dan sayang terhadap anaknya. Tetapi kasih sayang Allah swt pada manusia lebih-lebihlah lagi sehinggakan 70 kali ganda lebih daripada seluruh kasih yang tertinggi di dunia ini. Tidak ada satu kasih pun yang dapat menandingi kasihnya Allah swt pada manusia.

  Walaupun kita melakukan laranganNYA, Allah tidak pernah menarik nikmat oksigen daripada kita. Allah tetap memberikan kita peluang untuk meneruskan kehidupan ini agar kita boleh bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Adil.



  Suatu ketika Allah SWT perintahkan Nabi Nuh a.s untuk berdakwah kepada kaumnya supaya beriman kepada Allah SWT. Maka Nabi Nuh a.s telah berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun, itupun hanya lebih kurang 80 orang sahaja yang beriman yang mengikuti ajarannya. Yang lain-lain semuanya ingkar, bukan setakat ingkar malahan menghina, menganggu dan mencederakan Nabi Nuh a.s sehinggakan Nabi Nuh a.s telah ditimbuni batu yang tinggi seperti tingginya gunung ganang yang mana Nabi Nuh tertiimbun didalamnya akibat balingan batu-batu daripada kaumnya yang ingkar. Maka, Nabi Nuh a.s telah berputus asa dan meminta supaya Allah SWT membinasakan kaumnya. Sebelum itu, Allah SWT perintahkan Nabi Nuh a.s membuat dan mengukir satu tembikar yang paling cantik selama tiga hari tiga malam tanpa tidur dan rehat. Maka, Nabi Nuh a.s pun telah mengikut perintah Allah SWTselama tiga hari tiga mala tanpa henti, rehat dan tidur. Maka, terciptalah sebuah tembikar yang begitu cantik dengan ukirannya hasil pengorbanan Nabi Nuh a.s untuk menciptanya. Selesai sahaja tembikar tersebut siap, maka Allah SWT perintahkan Nabi Nuh a.s supaya membaling tembikar tersebut ke tanah supaya tembikar tersebut hancur dan binasa. Maka, dikatakan Nabi Nuh a.s telah menangis dan memujuk Allah SWT supaya tidak pecahkan tembikar tersebut kerana dia telah mengorbankan seluruh masa, tidur dan rehatnya tanpa henti selama 3 hari 3 malam, tetapi Allah SWT tetap perintahkan padanya supaya baling tembikar tersebut sehingga binasa. Maka dalam keadaan sayu dan berat Nabi Nuh a.s pun merosakkan tembikar tersebut dalam keadaan menangis. 

  Maka Allah SWT beritahu kepada Nabi Nuh a.s bahawa....

"BEGITULAH AKU(ALLAH) MENCIPTAKAN MANUSIA DENGAN BEGITU TELITI MELALUI KASIH SAYANG AKU CIPTAKAN MANUSIA,TAPI KAU (NUH) DENGAN SENANG MEMINTA AKU MUSNAHKAN MANUSIA...SESUNGGUHNYA AKU SAYANG KEPADA MANUSIA AKU CIPTAKAN MEREKA BUKAN UNTUK AZAB TAPI UNTUK SYURGA.H ANYA MEREKA YANG TIDAK MEMPERDULIKAN AKU(ALLAH)".. ..(dalam hadis qudsi)

Allah swt telah berfirman di dalam hadis qudsi yg mafhum. "SEORANG MANUSIA YANG MENDAPAT SURAT DARIPADA KEKASIHNYA, MAKA AKAN MENGHENTIKAN SEGALA KERJANYA KERANA HENDAK MENELITI SURAT KEKASIHNYA. SEKIRANYAIA SEDANG BERJALAN MAKA DIA PASTI BERHENTI, SEKIRANYA DIA MAKAN  DIA PUN BERHENTI DARI MAKAN, SEKIRANYA SESEORANG TIDUR PASTI DIANYA SEDAR DAN BANGUN, HANYA SEMATA-MATA UNTUK MEMBACA SURAT KEKASIHNYA. SETIAP PERKATAAN DIFAHAMI DENGAN PENUH KHUSYUK. SEHINGGAKAN MEMBACANYA SURAT KEKASIHNYA BOLEH MEMBUATNYA TERSENYUM BOLEH MEMBUATNYA MENANGIS. SEDANGKAN AKU(ALLAH) TELAH MEMBERIKAN SURAT DAN AYAT-AYAT KU(ALQURAN) NAMUN MANUSIA SEMUANYA BERPALING. MELEBIHKAN SELURUH KERJA YANG LAIN DARIPADA MEMBACA AYAT-AYATKU(ALQURAN), BILA MEREKA MEMBACA TIDAK ADA SIFAT MAHU MEMAHAMI KEHENDAKKU, SEMUANYA INGKAR DARI PERINTAHKU. MAKA SIAPAKAH YANG LEBIH BESAR? AKU ATAU KAWAN-KAWAN KEKASIH KAMU? AYAT-AYATKU ATAU SURAT-SURAT KEKASIH KAMU?ADAKAH KAMU MENANGGAP AKU INI LEBIH KECIL DARIPADA SELURUH KAWAN-KAWAN DAN KEKASIH KAMU. SEDANGKAN AKULAH YANG MENGAZAB KAMU SEMUA DI HARI ESOK"....(mafhum dalam hadis qudsi atau ta'lim fdhail amal atau hayatus sahabah)



Wednesday, December 15, 2010

Yahudi di Kuala Lumpur

Gary Braut (kanan), seorang penduduk beragama Yahudi di Kuala Lumpur.
   
   Adanya kubur Yahudi di Jalan Yahudi, Pulau Pinang membuktikan bahawa bangsa Yahudi ada di Malaysia sehingga sekarang khususnya di Kuala Lumpur. Walaupun minoriti, tetapi yang sedikit ini adalah beragama Judais, jika beragama lain mungkin lebih ramai.

6 orang yang mendapat doa para malaikat


Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”
*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain