Lajnah dan Exco

Sunday, September 5, 2010

Kerisauan Sheikh Yusuf al-Qaradawi


   Assalamualikum dan salam Ramadhan. Pasti para pembaca tertanya-tanya mengenai tajuk post kali ini. Mengapa tajuknya begitu? Beberapa malam yang lalu, lebih tepat lagi pada malam ambang kemerdekaan yang baru sahaja berlalu. Ustaz Humaizi, salah seorang ustaz di Seratas sempat memberi tazkirah setelah kami semua (pelajar-pelajar muslim Seratas) selesai menunaikan solat tarawih serta witir pada malam itu. 

Friday, August 20, 2010

Kerana 'cinta'

   Pada hari Isnin bersamaan 16 Ogos yang lalu, agensi berita Al-Jazeera melaporkan bahawa satu pasangan lelaki dan perempuan telah direjam oleh Taliban di khalayak ramai. Menurut pegawai-pegawai kerajaan, hukuman tersebut dijatuhkan kepada pasangan tersebut kerana didapati mempunyai hubungan sulit yang haram.

Tuesday, August 17, 2010

'The Arrivals' bukan hiburan

Wake Up Project (WUP)
   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog BADAR SERATAS. Para pembaca, sesungguhnya siri video 'The Arrivals' telah menjadi suatu subjek yang hangat diperkatakan di Malaysia khususnya masyarakat Seratas. Mana tidaknya, video tersebut mengandungi pembongkaran mengenai tipu daya Dajjal yang kini sedang giat dijalankan oleh pengikutnya, segolongan manusia yang menyembah Iblis atau digelar sebagai Illuminati, Freemason dan pelbagai lagi organisasi yang kononnya bersifat persaudaraan dan kebajikan di dunia kini.

Saturday, July 17, 2010

Mutaba'ah:Mengikut Pengikutan

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kata mutaba’ah berasal dari kata taba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan. Kata mutaba’ah sama dengan kata pengendalian di dalam konsep pengurusan.
Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain