Saturday, December 28, 2013

umi...



Ramai yang kata, kita benar-benar akan mengerti pengorbanan seorang ibu pabila kita sendiri merasa menjadi seorang ibu.
Ramai orang berkongsi cerita, bahawa setelah mengalami detik-detik kehamilan baru terasa akan pengorbanan sebenar ibu sendiri melahirkan.
Ramai juga yang bicara perihal menghargai ibu setelah benar-benar melalui detik keibuan ketika hamil, setelah melahirkan dan menjalani tempoh membesarkan anak-anak amanah Allah.



Menjadi Ibu


Impian setiap insan yang berumah tangga ingin memiliki anak penyambung generasi, buah cinta pengikat dan pelengkap sebuah rumah tangga. Malahan harapan dan impian besar ini diletakkan sepenuhnya kepada kaum Hawa kerana mereka yang bakal memikul tempoh kehamilan dan kelahiran zuriat yang dinanti-nanti.


Detik penantian itu kadangkala terlalu menyeksakan pabila hadir cakap-cakap sekeliling yang tidak jemu bertanya akan bilakah lagi rumah ini bakal diserikan dengan kehadiran tawa nangis anak-anak kecil.


        Pabila berita gembira hadir, belum pun melihat bentuknya sudah dihebah-hebahkan kegembiraan ini ke segenap pelusuk alam. Ingin dikongsi berita ini walau penantian itu nanti mungkin bakal dihidangkan dengan pelbagai mehnah ujian yang tidak dijangka.


Catatan Peribadi di Hari Ibu
Diberi peluang oleh Allah untuk merasai detik itu, merasai menerima berita gembira itu benar-benar membahagiakan seluruh jiwa raga saya. Berita yang dinanti-nanti bukan sahaja dalam rumah tangga kecil kami malahan keluarga besar yang sentiasa mendoakan.


               Namun, tempoh awal itu benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan kami. Kandungan yang sepatutnya membesar dalam rahim ibunya tidak berada di tempat yang sepatutnya. Berulang kali ke hospital demi menjalani ujian ultrasound untuk mengesan kehadiran ‘dia’ dalam kandungan. Tapi tiada. Rekod darah dan ujian lain menunjukkan positif hamil.


Saat ni, hati saya gundah, gelisah, risau dan sedih. Segalanya bercampur baur ditambah dengan kesakitan yang menjadi-jadi di bahagian bawah abdomen. Pergerakan menjadi terbatas, selera mula susut dan tangisan sering menjadi peneman di malam hari saat sujud memohon keringanan ujian dari Allah.


           Keputusan ujian darah yang dijalankan menunjukkan saya berkemungkinan mengalami ectopic pregnancy atau threatened abortion. Namun, keputusan masih samar-samar. Doktor masih memberikan harapan agar ianya hanyalah andaian perubatan yang mungkin tidak tepat. Darah diambil lagi untuk rekod seterusnya.


Tempoh menunggu panggilan janji temu seterusnya merunsingkan fikiran saya dan suami. Saat ini suami merupakan insan yang paling sabar melayan emosi yang tidak stabil dan fizikal yang semakin tidak sihat. Dan tatkala kami sudah mula tenang dengan ujian ini, saya terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan setelah hampir tujuh minggu bertahan dengan kehilangan darah yang banyak dan kesakitan yang teramat.


             Malam itu juga, yang pertama kali suami tidur di hospital berbantalkan lengan beralaskan kerusi hospital. Malam itu juga, yang pertama kali buat saya didatangi hampir lima orang doktor setiap 30 minit. Darah diambil untuk rekod ujian demi ujian hingga kandungan darah merah semakin menyusut. Akhirnya, tika waktu dhuha saya di arahkan menjalani laparoscopic salpingectomy. Benar, kandungan itu ada tapi bukan dalam rahim saya. Benar, ‘dia’ semakin membesar di usia tujuh minggu, tapi kehadirannya di tempat yang salah akan mengancam nyawa saya. Maka, saya harus melepaskannya pergi.


               Sepanjang perjalanan ke bilik bedah, saya curi-curi dengar perbualan jururawat sekeliling. Hari itu hari ibu rupanya. Mereka yang melahirkan anak pada hari itu akan diberikan ganjaran berupa hadiah dari pihak hospital. Sungguh, hati saya sayu. Saya pejam mata rapat-rapat dan laungkan tasbih pada Allah sekuatnya agar saya tidak langsung mendengar perbualan mereka. Hingga akhirnya, saya terpejam setelah dibius dalam bilik bedah. Dalam dunia separa sedar, saya masih terdengar samar-samar perbualan doktor. Tidak menyedari hakikat fizikal saya ditebuk tiga untuk membuang kehadiran ‘dia’ di sana. Dan saat itu, muncul suara, ” Ni lah janin itu.”
Allah… saya terus pejam dan memuji Allah.


          Hargai Ibu sebelum Menjadi Ibu
Merasai detik kehamilan sebenar dan merasai detik kelahiran yang penuh mendebarkan, pada saya belum pun sampai saat itu kita sepatutnya telah menghargai ibu kita. Tidak perlu tunggu hingga saat itu untuk menghargai ibu. Tidak perlu mengalami hingga saat itu untuk kita mencurahkan bakti dan menghargai kedua orang tua kita.


          Biarkan saat dunia meletakkan tarikh tertentu untuk menghargai ibu sedang kita telah pun menghargai ibu kita pada setiap nafas yang telah Allah kurniakan.
Buat kaum lelaki, jangan tunggu hingga saat anda bergelar bapa, melihat detik isteri melahirkan baru ingin anda merasai pengorbanan seorang ibu. Jangan tunggu hingga saat itu, kalian baru ingin belajar menghargai seorang wanita.



              Pengalaman menjadi ‘bakal ibu dan ayah’ mematangkan kami. Tempoh ini, saya lihat dan merasai kesetiaan, kesabaran dan ketabahan suami. Mengenali dirinya yang sangat menyayangi dan menghargai orang tuanya sebelum dirinya bergelar bapa buat saya yakin bahawa pabila ada zuriat kelak, insyaAllah mereka juga  pasti akan dididik untuk menghargai kami sebelum sampai pula waktu mereka menjadi ibu bapa.


           Pengalaman yang pertama juga buat saya diberi peluang oleh Allah merasai secebis kesakitan ummi saya yang pernah melahirkan kami adik-beradik dengan pelbagai bentuk pembedahan hingga akhirnya Allah kurniakan ‘kerehatan dari kehamilan’ untuk selama-lamanya kepada ummi saya. Apa yang saya alami mungkin terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan pengalaman-pengalaman ummi saya.

Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t berfirman: “Dan Kami (Allah) perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku (tempat) kembalimu.” (Surah Luqman, 31).


Katakan Sayang
Malu untuk menyatakan sayang pada ibu bapa. Saya pun begitu. Sejak kecil perasaan sayang tu sangat asing untuk dizahirkan secara terang-terangan. Sayang itu acapkali ditunjukkan dengan perbuatan; tolong di dapur, belajar rajin-rajin dan menghadiahkan kejayaan demi kejayaan kepada mereka.




             Itu sayang yang saya tunjukkan. Bila semakin dewasa, saya sampaikan pada Allah akan cinta dan sayang saya pada mereka. Moga Allah sampaikan terus kepada mereka tanpa perlu saya menzahirkannya di hadapan mereka.
Kalian yang punya keupayaan untuk menzahirkan sayang kepada orang tua kalian, maka teruskanlah. Seronok melihat anak-anak yang hingga sudah dewasa pun masih boleh mengungkapkan sayang terang-terangan.

      Selamat Hari Ibu buat ummi dan mak mertua saya. Selamat Hari Guru kepada mereka berdua kerana menjadi guru pertama buat saya dan suami.
Selamat Hari Ibu dan Hari Guru buat sekalian yang membaca.
Moga Allah kurniakan kesejahteraan kepada saya, suami, mereka dan kalian untuk terus mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi ibu bapa kepada generasi seterusnya.
Mari Menjadi Hamba.

Saturday, December 14, 2013

~tasawwuf/tareqat~

 
 
Agak-agak korang,kenapa Dajjal,Eropah,freemason,illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat?

Sebabnya,tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub(dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah,maka nusrah(pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kpd para Sahabat nabi,hanya dengan 313 tentera dlm keadaan kelengkapan yang kurang,dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar,begitu juga yang berlaku kepada Saidina Khalid Al-Walid,hanya dengan membawa 59 orang tentera Sahabat,mereka dapat hancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih...

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah yang ulama namakan dengan nama "tasawwuf" dan akidah yang sahih iaitu akidah ahlusunnahwaljamaah yang disusun oleh mazhab asya'irah dan maturidiyyah...baca sejarah Sultan Salahuddin Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah asy'ari dan bermazhab syafie,baca sejarah sultan muhammad al-fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab hanafi dan berakidah maturidi dan raaamai lagi mujahid2 lain...begitu juga peperangan moden seperti perang afghan dengan russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh org Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi,akidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain2 tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur..

Begitu juga mujahid2 chechen yang menentang Russia juga dlm keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab syafie,berakidah asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi...mereka hancurkan musuh dengan zikir!

Di tanah melayu juga,para pejuang melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab syafie,berakidah asy'ari dan ahli sufi... Kepada yang biasa dengan sejarah Islam,tentu tahu kisah Nabi Sulaiman yang nak istana balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit offer diri untuk bawa,tapi masa yang dia perlukan agak lama,kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi offer untuk bawa istana tu hanya dengan sekelip mata! Sejak dari hari itu syaitan,jin,dajjal,iblis sangat ANTI kepada ahli sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat!

Friday, December 6, 2013

MaSa Itu TaNDa ImAn SeSeorANg

  


Kata Imam Syafie : “Jikalau Allah tidak menurunkan surah selain surah ini (Al-Asr), nescaya sudah mencukupi untuk manusia.” [Sofwatut Tafasir]

“Program kita akan bermula pukul 8.03 pagi. Harap datang tepat pada masanya, ya !” begitu pesan seorang pengendali program motivasi.

         Keesokan harinya. “Eh, dah 8.30 ni. Lambat dah kita ni.”
“Alah,” balas kawannya yang seorang lagi, “Tak mula lagi punya tu. Program macam ni, biasa setengah jam lewat baru mula. Kadang-kadang, sejam lewat baru mula. Tak payah kalut-kalut pergi awal.”


                   Dalam satu peristiwa lain pula, seorang anak muda berjanji dengan kawannya untuk bertemu pada satu tempat di satu masa yang ditetapkan.


         “Jangan lupa na, kita jumpa di depan kedai Ah Chong ni pukul 7.30. Jangan lambat tau. Ingat, 7.30 !” pesan si A kepada si B. Bukan sekali. Berkali-kali.


Tepat pukul 7.30. “Mana si B ni?” Adui, dah 7.30 ni.” Tunggu lagi sehingga setengah jam, sejam masa berlalu. Si B masih belum datang.


   8.45, barulah kelihatan kelibat si B. “Salam, bro. Sori, lambat sikit.”
Antara gelagat-gelagat kita dengan masa.



  Silap Kita Menganggap Masa Itu Murah Harganya
Silap besar sekiranya kita menganggap masa itu sentiasa ada untuk kita.
Umpama air yang kita gunakan setiap hari. Kerana saban hari mengalir tak berhenti untuk kegunaan kita, maka barangkali kita pun sudah menganggap nilai air itu biasa-biasa saja.

Friday, November 29, 2013

StReet DaKWaH




Street Dakwah – A New Leaf
As you walk through Jalan Bukit Bintang or Pasar Seni, if you are lucky, you will come across buskers (with a container in front) performing by the streets. What is your perception on them? Is it a public disturbance? A waste of time? They’re brave and bold?


Whatever the perception might be, one thing is for sure, they aren’t shy to showcase their talent. Buskers are famous with playing instrumentals or singing notable mainstream songs for charity or maybe for their own pocket money.



                      Looking at the potential of street performances/busking to be something viral on the World Wide Web, why can’t it become an alternative for dakwah?



Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain