Lajnah dan Exco

Sunday, April 25, 2010

Islam jalan pilihan Cat Steven

   Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. "Islam agama sempurna". Itulah kata-kata Cat Steven yang kini bergelar Yusuf Islam, seorang aktivis serta ikon Islam yang kini begitu dikenali. Bekas bintang pop berbangsa Inggeris yang begitu popular di era pop 70-an itu mula berasa sangsi mengenai didikan keluarganya untuk menganut Kristian. Menurut Yusuf, beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mengamalkan agama Kristian dan lebih tepat lagi Kristian Roman Katolik. Di awal usianya, beliau diajar untuk mempercayai kewujudan Tuhan.
 "I was given this religion (Christianity) and thought this way. I was taught that God exists, but there was no direct contact with God, so we had to make contact with Him through Jesus - he was in fact the door to God. This was more or less accepted by me, but I did not swallow it all. I looked at some of the statues of Jesus; they were just stones with no life. And when they said that God is there, I was puzzled even more but could not argue. I more or less believed it, because I had to have respect for the faith of my parents." 
Yusuf Islam
   Namun begitu, Yusuf pada ketika itu berasa begitu keliru akan penyataan yang diterangkan keluarganya. "Mengapa pula kita mesti berhubung dengan Jesus untuk berhubung dengan Tuhan sedangkan patung-patung Jesus yang dibina di gereja-gereja tidak bernyawa?" Itulah antara persoalan yang terlintas di fikirannya. Sungguhpun begitu, persoalan-persoalan seumpamanya terpaksa beliau pendamkan begitu sahaja oleh kerana rasa hormat dan kasih terhadap ibu bapa serta keluarga. Di sini sudah cukup menunjukkan Yusuf sebelum Islam sudah mempunyai sifat yang begitu mulia iaitu perasaan hormat terhadap keluarga. 

   Membesar dalam sebuah keluarga seni yang besar, moden, dan kaya menjadikan Yusuf menganggap memburu kekayaan adalah segala-galanya. Sedang Yusuf dalam kekeliruan mengenai erti serta tujuan hidup yang sebenar, beliau tertarik dengan kekayaan serta kejayaan yang dicapai salah seorang bapa saudaranya. Inilah yang menyebabkan beliau berfikiran sedemikian. Kemudian, beliau mula bergiat dalam bidang nyanyian. Hasil pertolongan abangnya, David beliau menjadi begitu terkenal dengan aliran muzik pop-folk yang amat digemari di era 60-70-an.

   Pun begitu, beliau masih merasakan terdapat satu kekurangan pada dirinya iaitu persoalan-persoalannya masih lagi tidak terjawab. Beliau kemudiannya menghidap penyakit TB dan terpaksa tinggal di hospital untuk rawatan lanjut. Di saat itu, beliau terfikir mengenai kejayaan yang dikecapinya masih lagi tidak dapat memuaskan hatinya. "Adakah saya hanya sebuah tubuh yang hidup semata-mata untuk mengejar kekayaan dan kejayaan?" Yusuf mula menyedari tentang hakikat kematian dan jiwa manusia yang akan terus berpindah dari alam dunia ke alam lain selepas mati setelah mendalami kepercayaan-kepercayyan Timur.

   Beliau melakukan pelbagai kajian mengenai agama-agama Timur demi mencari kebenaran. Beliau cuba memahami Buddha, Zen dan Ching, kad tarot juga astrologi. Tak juga beliau ketemu kebenarannya. Beliau cuba kembali kepada Bible namun menurut beliau, tiada sebarang jawapan. Pada ketika itu, Yusuf masih lagi tidak mengetahui mengenai Islam. Dengan kebesaran Allah S.W.T. abang beliau, David begitu terpegun dengan sebuah masjid di Jerusalem ketika melawatnya dan meceritakan kisah tersebut kepada Yusuf.

   Ketika pulang dari Jerusalem, David membawa pulang terjemahan al-Quran dan memberikannya kepada Yusuf. Suatu perasaan tenang dan aman meliputi diri Yusuf. Kesemua persoalan yang selama ini merungsingkan beliau dijawab al-Quran.

"And when I received the book (translation of al-Quran), a guidance that would explain everything to me - who I was; what was the purpose of life; what was the reality and what would be the reality; and where I came from - I realized that this was the true religion; religion not in the sense the West understands it, not the type for only your old age. In the West, whoever wishes to embrace a religion and make it his only way of life is deemed a fanatic. I was not a fanatic, I was at first confused between the body and the soul. Then I realized that the body and soul are not apart and you don't have to go to the mountain to be religious. We must follow the will of the God"
Yusuf Islam
   Beliau tidak terus memeluk Islam. Yusuf terus mengembara ke Jerusalem dengan niat mengunjungi masjid yang dilawati abangnya itu. Beliau cuba untuk sembahyang berjemaah bersama jemaah di situ. Sekembalinya ke London, beliau berjumapa dengan seorang biarawati bernama Nafisa dan memberitahunya bahawa beliau ingin memeluk Islam. Biarawati tersebut memperkenalkannya dengan Masjid New Regent. Pada suatu hari Jumaat pada tahun 1977 selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat, beliau berjuma dengan seorang imam dan memeluk Islam.

   Begitulah hidayah Allah wahai rakan-rakan. Sedangkan kita yang beragama Islam masih lagi tidak mahu menurut tuntutan Allah S.W.T. Hidayah itu milik Allah dan Dia berhak memberikannya kepada mereka yang dikehendakinya. Cerita Cat Steven memeluk Islam merupakan suatu pengajaran yang Allah mahu sampaikan kepada semua manusia tentang tiada agama lain yang diredhainya selain Islam. Berdoalah kita agar Allah sentiasa mengurniakan rahmat dan hidayahnya kepada kita. Insya-Allah. Kini, Yusuf Islam masih lagi bergiat dalam mengajak semua umat manusia kepada Islam melalui nyanyian.

Beli hasil karya Yusuf Islam melalui Amazon.

 
   



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain