Lajnah dan Exco

Thursday, May 6, 2010

Kemelut Burqa, Niqab, Poligami di Eropah

Selma, 22 ketika berjalan di sebuah taman di Brussels.
    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog BADAR SERATAS. Sudah sekian lama blog ini tidak dikemaskini dan pihak Exco Perhubungan Luar BADAR SERATAS memohon maaf atas kelewatan tersebut. Apa-apa pun, kami akan pastikan sajian yang lebih bermutu dan memberi manfaat selepas ini. Para pembaca yang bijaksana, baru-baru ini heboh mengenai pengharaman pemakaian burqa dan niqab yang hangat deperdebatkan di Eropah terutamanya di Perancis dan Belgium. Tak cukup dengan itu, amalan poligami yang dibenarkan Islam juga turut diperdebatkan oleh mereka yang masih tidak memahami Islam di Eropah.

   Isu ini mula menjadi kontroversi apabila Anne, 31 seorang wanita Perancis beragama Islam yang disaman polis Perancis ketika memandu sambil memakai niqab atas dakwaan situasi memakai niqab ketika memandu adalah merbahaya. Beliau kemudiannya mengadukan perkara tersebut kepada suaminya Lies Hebbadj,  sebelum suaminya membawa perkara tersebut ke muka pengadilan. Lies Hebbadj, seorang penjual daging kelahiran Algeria didapati memiliki empat orang isteri dan kerajaan Perancis mencadangkan paspotnya dibatalkan. 

Anne dan Hebbadj ketika bercakap kepada media di Nantes.
   Oleh sebab takut paspotnya dibatalkan, beliau mendakwa ketiga-tiga isterinya yang lain merupakan perempuan simpanannya. Sesuai dengan amalan masyarakat Perancis yang gemar menyimpan ramai perempuan simpanan. Katanya, "Jika seseorang boleh kehilangan kewarganegaraan Perancisnya hanya kerana ingin memiliki perempuan simpanan, maka ramai orang Perancis akan kehilangan kewarganegaraan mereka,". 

   Sementara di Belgium, memakai niqab atau burqa di tempat-tempat awam seperti di jalan raya,taman-taman awam boleh dikenakan saman sehingga €15-25 (RM63-RM104). Namun begitu, timbalan presiden Eksekutif Muslim Belgium, Isabelle Praile memberi amaran kepada kerajaan Belgium bahawa pengharaman pemakaian burqa dan niqab tersebut menandakan pencabulan kepada "kebebasan individu" yang selama ini dipertahankan Belgium.

Tariq Ramadan.
   Sekiranya peraturan baru tersebut diluluskan, Belgium akan menjadi negara pertama di dalam dunia yang mengharamkan pemakaian burqa dan niqab. Sementara itu, sarjana Islam Tariq Ramadan berkata bahawa usul pengharaman burqa Perancis bukanlah cara yang betul untuk menghentikan wanita Muslim daripada terus memakainya. "Orang Perancis... sedang bertindak ke atas burqa dan niqab dengan menyekat kebebasan (memakai burqa dan niqab) dan saya rasa itu tidak akan berhasil," katanya semasa lawatan pertama Profesor Pengajian Islam Kontemporari di Fakulti Pengajian Asia di Universiti Oxford itu ke Amerika Syarikat (AS) setelah larangan melawat AS terhadapnya oleh pentadbiran George W. Bush dibatalkan.



  

   


  

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain