Lajnah dan Exco

Thursday, July 8, 2010

Halaqah bersama Ikhwah-ikhwah Pembimbing


Gambar hiasan.
   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog BADAR SERATAS. Semoga kita semua senantiasa dicucuri rahmatNya, insya-Allah. Para pembaca sekalian, penulis memohon setinggi kemaafan atas kelewatan penulis untuk mengemaskini blog BADAR SERATAS ini. Diharap dengan post kali ini, dapat mengakhiri penantian para pembaca yang sudah agak lama menunggu update-update terbaru daripada blog BADAR SERATAS, insya-Allah. 

    Pembaca yang dihormati dan dikasihi, pada hari Sabtu bersamaan 21 Rejab 1431H/2 Julai 2010 bermula kira-kira jam 10.15 malam hingga 11.45 malam yang lalu, telah diadakan aktiviti halaqah bagi semua ahli BADAR SERATAS.  Biarpun tidak disertai oleh semua ahli BADAR SERATAS, aktiviti tersebut dapat juga dijayakan dengan izin Allah S.W.T. Alhamdulillah. Semoga di halaqah yang seterusnya, semua ahli BADAR SERATAS dapat hadir bukan sahaja semata-mata untuk menjayakan aktiviti tersebut tetapi untuk mengisi ilmu serta iman di dada agar dapat disampaikan pula kepada rakan-rakan yang dipimpin.

   Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya juga, dikurniakan kita pembimbing-pembimbing yang begitu komited dalam usaha dakwah, yang tak pernah kenal penat lelah biar terpaksa mengorbankan waktu-waktu terluang cuti semester universiti masing-masing hanya kerana ingin menyampaikan ilmu dan peringatan kepada ahli-ahli BADAR SERATAS. Sebenarnya, halaqah kali ini merupakan kali yang ketiga diadakan. Semoga dengan terjalinnya ukhwah fillah (persaudaraan kerana Allah) bersama-sama akhi-akhi dan ukhti-ukhti yang di antara meraka sedang belajar di UTP, USM, KISDAR dan sebagainya, usaha dakwah di Seratas ini akan lebih mantap dan mencapai tujuannya.  

Halaqah merupakan cara menyebarkan dakwah dan ilmu.
   Kesemua AJK Tertinggi BADAR SERATAS ditempatkan dalam satu kumpulan yang ditarbiyahkan oleh Abang Mohd Azhar manakala ketua-ketua lajnah dan exco ditarbiyahkan oleh Abang Umair Zulkefli. Sementara itu, ahli BADAR SERATAS yang lain pula ditarbiyahkan oleh Abang Azlan. Insya-Allah, ilmu-ilmu yang disampaikan akan kami cuba sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Ketika halaqah bersama Abang Umair, penulis dan ketua-ketua lajnah yang lain dipesan agar mentadabur al-Quran atau dalam bahasa Melayunya mendalami al-Quran. Apa yang dimaksudkan ialah memahami maksud ayat-ayat al-Quran.

    Pemikiran sebeginilah yang telah menimbulkan kesedaran saudara-saudara kita di Indonesia di mana mereka mendapati orang-orang Kristian mencetak al-Quran dalam bentuk saiz poket, membolehkan penganut mereka membawanya ke mana sahaja. Dari situlah timbulnya idea mencetak terjemahan al-Quran dalam bentuk saiz poket. Dengan cara ini, bolehlah umat Islam membaca serta memahami ayat-ayat al-Quran di saat peroleh masa terluang. Menurut Abang Umair lagi, umat Islam Melayu kini kian terpesong akhlak mereka berikutan tiadanya pemahaman al-quran dalam hati mereka. Justeru, marilah kita bersama kembali kepada al-Quran membaca dan memahaminya demi kebaikan bersama.

   Selain itu, kami dipesan untuk terus mengamalkan dan menyebarkan Mutaba'ah. Mutaba'ah umpama satu checklist amalan-amalan yang perlu dijadikan kebiasaan dan amalan. Enam perkara Mutaba'ah tersebut ialah:
  1. Solat sunat Tahajud
  2. Al-Quran
  3. Solat Subuh berjemaah di awal waktu(termasuk waktu Isya')
  4. Solat sunat Dhuha
  5. Bacaan al-Ma'thurat (pagi dan petang)
  6. Istighfar (70 atau 100 kali sehari)
dan yang ketujuh baru sahaja ditambah, iaitu Halaqah al-Quran. 

   Semoga para pembaca dan kami sendiri dapat mengamalkan Mutaba'ah yang dinyatakan. Mengapa perlu Mutaba'ah? Nantikan penulisan yang seterusnya berjudul "Mutabaah:Mengikut Pengikutan".

  
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain