Saturday, July 17, 2010

Mutaba'ah:Mengikut Pengikutan

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kata mutaba’ah berasal dari kata taba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan. Kata mutaba’ah sama dengan kata pengendalian di dalam konsep pengurusan.

   Sebahagian dari kita menolak mutaba’ah kerana di dalam benak mereka yang terbayang dari kata itu adalah orang melaporkan apa yang telah mereka lakukan dalam rangka menjalankan program-program yang direncanakan, yang biasanya berupa amal-amal ‘ibadah, seperti solat jemaah, qiyamullail, al-ma'thurat, tilawah, puasa sunat dan kemudian mereka berpendapat bahawa itu adalah riak. Sebenarnya tidak seperti itu.

   Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menziarahi orang mati.” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?” Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.” Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak berkumpul hal-hal ini di dalam diri seseorang kecuali dia akan masuk surga.” Hadis di atas diriwayatkan oleh Muslim (1/421-422 dan 2/382) dan Al Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad (hal 157) dari jalan Marwan, iaitu Al Fazari, dari Yazid, iaitu Ibnu Kaisan, dari Abu Hazim Al Asyja’I, dari Abu Hurairah. Al Albani di dalam As-Silisilatush Shahiihah (1/133) menyebutkan bahawa hadist ini juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir di dalam Taarikh-nya (juz 9/288/I) dari jalan itu.

   Apakah dengan menjawab pertanyaan-pertanyaan Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam itu bererti Abu Bakar radhiyallahu ‘anh telah riak? Tentu tidak! Kerena beliau hanya sekadar menjawab pertanyaan-pertanyaan itu, dan tidak bermaksud riak dengannya. Demikian pula, kita tidak riak hanya kerana kita menjawab pertanyaan-pertanyaan di dalam mutaba’ah. Sebab, hal itu diadakan tidak dengan maksud agar kita riak melainkan agar dapat diketahui apakah kita dengan baik telah menjalankan program-program yang telah direncanakan. Bahawa kemudian di antara kita ada yang bermaksud riak dengan menjawab pertanyaan-pertanyaan mutaba’ah, itu bukanlah salah mutaba’ah. Yang salah adalah dia yang bermaksud riak.

   Sememangnya, hadis itu bukan tentang mutaba’ah Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam terhadap para sahabat baginda radhiyallahu ‘anh, tetapi tentang ajaran baginda bahawa hal-hal itu dapat membuat mereka masuk syurga. Akan tetapi, di dalam hadis itu terdapat dalil bahawa sekadar menjawab pertanyaan-pertanyaan tentang amal-amal ‘ibadah sebagaimana di dalam mutaba’ah tidak bererti riak.

   Sebagaimana salah satu konsep pengurusan, mutaba’ah sebetulnya satu keperluan penting. Ini kerena tanpa mutaba’ah pengurusan tidak sempurna. Padahal di dalam kaedah fiqh dikatakan, “Apa yang tanpanya sesuatu yang wajib tidak sempurna adalah wajib.” Kesempurnaan fungsi-fungsi pengurusan adalah perencanaan, pengorganisasian, pemimpinan, dan pengendalian. Mutaba’ah adalah pengendalian.

Dipetik dan diubahsuai daripada blog Halaqah-Online.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain