Lajnah dan Exco

Sunday, September 5, 2010

Kerisauan Sheikh Yusuf al-Qaradawi


   Assalamualikum dan salam Ramadhan. Pasti para pembaca tertanya-tanya mengenai tajuk post kali ini. Mengapa tajuknya begitu? Beberapa malam yang lalu, lebih tepat lagi pada malam ambang kemerdekaan yang baru sahaja berlalu. Ustaz Humaizi, salah seorang ustaz di Seratas sempat memberi tazkirah setelah kami semua (pelajar-pelajar muslim Seratas) selesai menunaikan solat tarawih serta witir pada malam itu. 
   Beliau sebenarnya ingin menegur pelajar-pelajar muslim terutamanya pelajar lelaki berkenaan solat. Tegur beliau, pastikan kesemua tiga belas rukun solat dipatuhi ketika mendirikan solat. "Oo, macam tu rupanya." Begitulah reaksi pelajar. Ingatkan selama ini sudah betul cara kami sembahyang. Rupa-rupanya masih ada salah dan silap. 
  
   Moral value-nya, semaklah cara kita sembahyang dengan usataz dan ustazah. Kalau tidak, sia-sia sahaja solat kita. Bermacam lagi permasalahan yang diajukan pelajar. Mengenai solat fardhu, solat Jumaat, bermula daripada takbiratul-ihram sehingga ke tahiyat, pelbagai perkara yang masih kabur dipersoalkan kepada Ustaz Humaizi agar dapat diterangkan.

   Di samping itu, Ustaz Humaizi turut berpesan agar tetap istiqamah dalam melakukan ibadat-ibadat yang dilakukan di bulan Ramadhan ke bulan-bulan yang seterusnya. Di sinilah bermulanya cerita Sheikh Yusuf al-Qaradawi apabila Ustaz Humaizi mengatakan bahawa ketika suatu masa dahulu, Sheikh Yusuf al-Qaradawi menyatakan kerisauan beliau. Beliau risau mengenai umat Islam pada bulan Ramadhan. Beliau risau sekiranya umat Islam melakukan ibadat pada bulan Ramadhan kerana berada dalam bulan Ramdhan dan bukan kerana Allah.
   Para pembaca yang dihormati, segala ibadat dan amalan kita hanyalah kerana Allah. Semoga kita tidak lupa ketika beribadat untuk meniatkan amalan kita itu demi Allah S.W.T. Pada bulan Ramadhanlah kita hendak mendidik hawa nafsu dan diri untuk beribadat kepada Allah. Tapi jangan sampai kita lupa bahawa amalan kita hanyalah untuk mendapat redha Allah S.W.T. 
   Semoga sedikit sebanya kita dapat mengambil iktibar daripada apa yang disampaikan. Insya-Allah bertemu lagi di post-post akan datang. Ramadhan kareem.




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain