Pada hari Isnin bersamaan 16 Ogos yang lalu, agensi berita Al-Jazeera melaporkan bahawa satu pasangan lelaki dan perempuan telah direjam oleh Taliban di khalayak ramai. Menurut pegawai-pegawai kerajaan, hukuman tersebut dijatuhkan kepada pasangan tersebut kerana didapati mempunyai hubungan sulit yang haram.
Hoda Abdel-Hamid ketika menjawab soalan daripada wartawan Al-Jazeera berkata, seorang panglima Taliban telah mengesahkan bahawa lelaki tersebut berumur 28 tahun dan sudah berkahwin manakala 'pasangannya' pula dalam lingkungan 20-an sudah bertunang dengan seorang lelaki lain.
Pasangan tersebut direjam buat pertama kalinya di wilayah Kunduz pada hari Ahad, 15 Ogos yang lalu berikutan seruan seorang ulama' Afghanistan supaya kembali kepada undang-undang Islam minggu sebelum hukuman itu dijalankan.
"Pasangan itu dibawa ke suatu padang terbuka dan hampir seratus anggota Taliban atau penyokong Taliban berkumpul dan mula merejam mereka berdua sejurus selepas seorang penyokong Taliban membaca pernyataan pengakuan mereka (pasangan tersebut)."
Seperti biasa, akan ada segolongan manusia yang akan cuba menghalang undang-undang Allah daripada terus cuba ditegakkan. Amnesty International telah mengecam tindakan pihak Taliban yang dianggap mereka sebagai kejam.
Namun begitu, bagi kita di Malaysia khususnya Seratas, kita tidak dapat membuat apa-apa spekulasi mengenai tindakan tersebut. Sekiranya benar hubungan sulit antara pasangan tersebut dan maklumat mengenai status mereka berdua yang apabila diteliti sememangnya tidak menghalalkan perhubungan mereka, mereka sememangya patut menerima hukuman yang sepatutnya dan setimpal.
Apa-apapun, marilah kita kembali ke jalan Allah yang sebenarnya. Sebagai remaja yang sedang belajar dan mempunyai hala tuju, kita tidak sepatutnya membuang masa dengan bercinta selain Allah, al-Quran dan buku juga ibu bapa dan sanak-saudara. Fikirlah dengan akal. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment