Lajnah dan Exco

Thursday, May 26, 2011

LAPORAN PERKONGSIAN PINTAR BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN SMS RAJA TUN AZLAN SHAH DENGAN KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH


Pada 21 Mei 2011,Badan Dakwah dan Kerohanian(BADAR) Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah(SERATAS) Taiping Telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS) bagi menjayakan Program Perkongsian Pintar Badan Dakwah Dan Kerohanian antara SERATAS dengan KISAS.Seramai 37 orang pelajar telah mengikuti program ini  yang kesemuanya terdiri daripada ahli BADAR sekolah. Rombongan ini telah diiringi oleh empat orang guru iaitu Ustazah Hasmat Binti Mustapha,selaku Guru Penasihat BADAR,Ustazah Rohami Binti Hitam,selaku Guru Panitia Pendidikan Islam,Ustaz Ahmad Humaizi Bin Abdul Wahab dan Ustaz Moh Hazarin Bin Razali,selaku guru pengiring.

                Lawatan yang telah diadakan berjaya mencapai objektif dan matlamat program iaitu mendedahkan struktur pentadbiran dan pengurusan BADAR KISAS,bertukar-tukar pendapat mengenai kelebihan dan kekurangan yang ada bagi setiap lajnah,mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli BADAR SERATAS dengan KISAS serta meluaskan ilmu pengetahuan mengenai fardhu ain dan fardhu kifayah.Perjalanan pelajar dari sekolah ke KISAS bermula pada pukul 4.30 pagi dan tiba pada pukul 10.00 pagi.Kehadiran kami KISAS telah disambut baik oleh Ahli Majlis Tertinggi BADAR KISAS lalu kami dijemput ke bilik tayangan umum KISAS untuk memulakan program Perkongsian Pintar.

Ketibaan kami di sana disambut dengan baik ditambah pula dengan senyuman yang ceria.

                Program tersebut dimulakan dengan ucapan aluan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid KISAS,Ustaz Mustapha Kamal Bin Jamaluddin seterusnya ucapan oleh Wakil guru pengiring,Ustaz Ahmad Humaizi Bin Abdul Wahab sebagai pembuka Majlis.Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan penyampaian cendera mata oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid KISAS  kepada wakil Guru Pengiring BADAR.Majlis pula diteruskan dengan ucapan Presiden BADAR SEARATAS,Saudara Ahmad Fakhri Bin Ahmad Fuad.Dengan berakhirnya ucapan oleh Saudara Fakhri maka bermulalah program Perkongsian Pintar sebagai acara kemuncak.

Ustaz Humaizi bersama PK HEM KISAS

Suasana semasa mendengar taklimat.

                 Semua ahli BADAR SERATAS dan KISAS dibahagikan mengikut lajnah masing-masing kepada tujuh kumpulan iaitu lajnah Penerbitan dan Multimedia,lajnah Musolla,lajnah Usrah,lajnah Ceramah,lajnah Baitulmal,lajnah Tamrin dan Kepimpinan serta  lajnah Jemaah.Perbincangan bermula dan berlangsung selama satu jam sehingga jam 11.45 pagi.Melalui perbincangan tersebut,pelbagai ilmu dan informasi baru dapat kami ditimba bagi membaiki sistem pentadbiran BADAR SERATAS yang sedia ada.Kami telah diajar untuk berdakwah dengan lebih berhikmah dan benar supaya usaha Biah Solehah dapat dijalankan iaitu semua pelajar dapat mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar di mana-mana sahaja mereka berada.

HICOM BADAR SERATAS bersama HICOM BADAR KISAS.

                Pada pukul 12.00 tengah hari, kami dijemput untuk menikmati hidangan makan tengah hari di dewan makan aspuri.KISAS mempunyai dewan makan yang dipisahkan kepada dua bengunan yang dibina asing bagi pelajar lelaki dan pelajar wanita.Selesai makan tengah hari,program diteruskan dengan tayangan video oleh BADAR SERATAS mengenai aktiviti-aktiviti kerohanian yang diadakan di sekolah.Setelah menikmati tayangan selama satu jam,program Perkongsian Pintar ini telah diakhiri dengan penyampaian cendera mata oleh Pihak BADAR SERATAS kepada Pihak BADAR KISAS sebagai tanda penghargaan kami. 

                Sebelum bertolak pulang,sesi fotografi telah diadakan sebagai kenang-kenangan bersama.Bagi mengisi masa yang ada,kami telah melawat Kompleks Taman Seni Islam yang terletak berdekatan dengan Masjid Alam Shah.Taman tersebut Merupakan pusat pengembangan seni Islam yang dijadikan sebagai pusat penjanaan berlandaskan nilai-nilai ajaran al-Quran.Terdapat pelbagai jenis karya seni yang dapat dilihat seperti seni khat,seni ukiran kayu dan seni lukisan.Kompleks ini juga menyediakan kedai cendera mata bagi membolehkan kami membeli buah tangan kepada rakan-rakan di sekolah.

Sesi bergambar bersama warga KISAS.

                Setelah puas menghayati keindahan seni karya Islam,kami menjejakkan kaki pula ke Masjid Shah Alam yang tersenggam indah.Di situ juga terdapat gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis barangan seperti buku-buku ilmiah,pakaian-pakaian seperti jubah dan lebai serta makanan minda.Pada pukul 4.30 petang,kami terus berangkat pulang ke sekolah dengan rasa kepenatan tapi cukup gembira dengan apa yang kami telah lalui.

                Pada pendapat kami, lawatan seperti ini amat berfaedah kepada semua pihak khususnya pelajar sekolah supaya mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai ilmu-ilmu keagamaan dan cara-cara berdakwah yang betul serta dapat mengamalkan amar makruf nahi mungkar.Jika selama ini para pelajar hanya memandang enteng mengenai hal-hal keagamaan,tetapi kini mereka dapat melihat dan merasai sendiri betapa indahnya Islam serta dapat lebih mendekatkan diri mereka kepada Yang Maha Mencipta.Oleh itu, diharapkan agar lawatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain