Lajnah dan Exco

Saturday, March 17, 2012

YES N NO.......

JOM TANAM JAGUNG 


Balik kampung tanam jagung...banyak untung..... 

Kisahnya bermula apabila........ 
Seorang petani telah memenangi anugerah PETANI TERBAIK TAHUNAN untuk sekian kalinya selama 3 tahun berturut-turut. Anugerah itu diberi kerana hasil tanaman jagungnya yang membuahkan hasil yang terbaik! Jagungnya banyak isi....berkualiti...berwarna keemasan....rasenya sweet  dan tahan lama....

Petani tersebut telah ditemuramah oleh seorang wartawan yang bertanyakan rahsia kejayaannya sehingga memenangi
anugerah itu selama tiga tahun berturu-turut.
Petani pun berkata " tiada rahsia sebenarnya. Saya cuma berkongsi benih jagung saya dengan petani-petani yang lain".

"Berkongsi???  Tetapi mengapa mereka tidak menang sedangkan mereka turut memasuki pertandingan yang sama. Malah menggunakan benih yang sama".

Petani membalas " Ya betul. Namun semua itu tidak penting. yang penting adalah proses pendebungaan.
Kalau pokok jagung di sekitar tidak ditanam dengan benih yang berkualiti
maka ladang saya turut akan terjejas. Mungkin saya menanam benih yang berkualiti, namun proses pendebungaan bercampur dengan ladang lain yang akan memberi kesan kepada hasil tanaman saya".

PENGAJARAN !!!!


ORANG YANG BERJAYA IALAH ORANG YANG BERKONGSI MANFAAT DENGAN ORANG LAIN
DAN MEMBANTU MEREKA MEMPEROLEHNYA.....:)


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain