Lajnah dan Exco

Friday, May 21, 2010

'Draw Muhammad Day'!


   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog BADAR SERATAS. Alhamdulillah, Allah masih lagi memanjangkan umur kita untuk meluas dan mengembangkan lagi serta mendaulatkan syiarNya, alhamdulillah. Saudara-saudari pembaca sekalian, baru-baru ini Pihak Telekomunikasi Pakistan (PTA) telah menghalang akses ke halaman Facebook dan YouTube berikutan isu pertandingan 'Hari Semua Orang Melukis Muhammad' yang dianjurkan oleh seorang pengguna Facebook, gara-gara mempromosikan 'kebebasan megekspresi'.

   Mimi Sulpovar, seorang kartunis wanita dari Amerika yang telah menubuhkan kumpulan (group) menganjurkan pertandingan tersebut di Facebook. 

Pelajar-pelajar Pakistan berarak melaungkan slogan memboikot Facebook di Lahore.
   Azhar Siddique, wakil daripada Islamic Lawyers Forum yang memfailkan permohonan mengharamkan Facebook di Mahkamah Tinggi Lahore berkata, "Mahkamah telahpun mengarahkan kerajaan menghalang akses ke Facebook sehingga 31 May disebabkan pertandingan yang menghina Tuhan ini,".

   Mimi berkata idea tersebut adalah untuk memprotes ekstremis Islam yang sering mengancam untuk membahayakan masyarakat dan merampas hak kebebasan bersuara dengan menggunakan keganasan. 

   Sebagai masyarakat Islam yang mendukung keagungan dan maruah Islam yang telah lama diwasiatkan Rasulullah S.A.W, kita wajib menghormati agama lain. Kita pastinya tidak boleh menghina mana-mana agama lain yang ada di dunia ini.


   Terdapat sebuah kisah mengenai keadilan Saidina Umar al-Khattab terhadap gereja Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini diceritakan dalam muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa' fi Sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. "Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach, "Solat sahajalah di sini".

   Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds, "Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya".

   Begitulah adilnya Saidina Umar al-Khattab terhadap agama lain dan ini wajib kita contohi. Keadilan serta kesopanan kita terhadap mereka mungkin kelak menimbulkan kesedaran mereka terhadap Islam dan membawa mereka memeluk Islam.

   Tindakan Mimi Sulpovar menganjurkan pertandingan melukis gambar Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan ceteknya penghayatan beliau terhadap agamanya sendiri. Ini sepatutnya mengukuhkkan lagi iman dan takwa kita terhadap Allah S.W.T. Semoga iman dan takawa kita bertambah kukuh dari sehari ke sehari. Insya-Allah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain