Lajnah dan Exco

Tuesday, August 17, 2010

'The Arrivals' bukan hiburan

Wake Up Project (WUP)
   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog BADAR SERATAS. Para pembaca, sesungguhnya siri video 'The Arrivals' telah menjadi suatu subjek yang hangat diperkatakan di Malaysia khususnya masyarakat Seratas. Mana tidaknya, video tersebut mengandungi pembongkaran mengenai tipu daya Dajjal yang kini sedang giat dijalankan oleh pengikutnya, segolongan manusia yang menyembah Iblis atau digelar sebagai Illuminati, Freemason dan pelbagai lagi organisasi yang kononnya bersifat persaudaraan dan kebajikan di dunia kini.

   Namun begitu, benarkah kita mengambil iktibar dan tindakan setelah kita menyaksikan maklumat yang disampaikan Achernar dan Noreagaa, dua orang pembikin siri tersebut. Sedarkah kita akan hakikat yang sebenarnya? Saudara pembaca yang dihormati, usah kita persoalkan dari mana dua orang pemuda tersebut memperoleh maklumat yang disampaikan mereka.

   Apa yang mereka rencanakan kepada kita ialah supaya kita mendekati Allah S.W.T., Tuhan Yang Satu. Demikian kerana kepada Allah sahajalah kita berlindung.  Itulah intipati yang paling jelas sekali yang mereka ingin khabarkan. Sekiranya kita menonton dengan mata hati dan tidak sekadar dianggap hiburan untuk memenuhi waktu P&P, pastinya kita akan dapat lihat mesej yang cuba disampaikan.

   Saudara-saudari pembaca yang dihormati, bukan niat penulis hendak menjadi fanatik ataupun obses dengan siri ini. Apa yang disampaikan melalui siri video tersebut merupakan sesuatu yang jelas. Usah kita terpedaya dengan agenda musuh, betapa tebalnya penghadang yang telah dibina di hadapan mata kita sehingga sukar menerima apa yang saudara seagama kita ingin samapikan. Dapat kita lihat sendiri betapa hebat pembikin-pembikin siri tersebut dikecam masyarakat siber terutamanya di YouYube. Begitulah kebenaran selalunya dilayan.

   Para pembaca yang budiman, sekiranya kita kaji kembali bagaimana Noreaga menyampaikan mesej melaui 'The Arrivals', beliau tidak menjayakan siri tersebut khusus untuk orang Islam sahaja. Biarpun sudah ternyata Islam itu ajaran yang tiada cacat celanya kerana Allah sudah menjamin kesucian al-Quran yang tidak mampu dicemari tangan manusia. Apa yang jelas ialah beliau mengajak semua umat manusia. Bukan sekadar Islam, Kristian, Yahudi mahupun mereka yang menyembah Iblis (Luciferian), tetapi beliau mengajak SEMUA UMAT MANUSIA agar menyedari hakikat yang sebenarnya, agar berada pada jalan kebenaran, agar menggunakan segala nikmat yang ada pada diri kita untuk mengenal Pencipta yang Maha Agung.

   Justeru, sekiranya kita menonton 'The Arrivals', pastikan kita menggunakan mata hati dan akal kita agar dapat kita ambil pengajaran yang sebenarnya yang mahu disampaikan. Biarpun begitu, manusia dijadikan lemah. Pastinya ada kesilapan. Oleh sebab itulah, kita disuruh sangat-sangat menggunakan akal agar dapat mengenal pasti kasilapan sekiranya ada dalam siri tersebut. JANGAN PULA KITA TERLEKA MENONTONNYA SEHINGGA LUPA BERSOLAT DAN IBADAH-IBADAH WAJIB YANG LAIN. Gunakan akal fikiran. Pilih masa yang sesuai serta banyakkan pembacaan bahan-bahan ilmiah. Insya-Allah, Allah pastinya menunjukkan jalan kebenaran kepada kita. Wallahualam.

Lawati Wake Up Project





   
   









  

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain