Lajnah dan Exco

Tuesday, December 7, 2010

Israel rayu bantuan dunia


   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog BADAR SERATAS. Setelah bertahun-tahun lamanya menyiksa dan menindas penduduk Islam Palestin, kerajaan negara haram Israel kini merayu kepada dunia untuk menyumbangkan bantuan bagi memadamkan kebakaran hutan yang berlaku di pergunungan Carmel. Kebakaran tersebut  dilaporkan sebagai kebakaran terbesar dalam sejarah negara haram itu.
  

Keratan akhbar Berita Harian 4 Disember 2010.
   Jurucakap polis, Micky Rosenfeld melaporkan bahawa 41 mayat berjaya ditemui dan masih terdapat tiga lagi yang belum ditemui. Beliau turut menambah, terdapat 16 orang yang cedera termasuk tiga parah dan satu kritikal. Sementara itu, 15,000 orang berjaya dipindahkan ketika api membakar lebih 4,000 hektar tanah dan sampai ke selatan bandar Haifa yang merupakan bandar ketiga terbesar di Israel.
 
   Canada Air telahpun menghantar pesawat bom airnya bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut di samping dua helikopter jabatan bomba tempatan dan tiga pesawat kecil yang turut terlibat. Menjelang awal pagi Ahad, 3 Disember yang lalu, lima pesawat Greek, sebuah pesawat Bulgaria dengan 100 anggota bomba, sebuah pesawat Cyprus dan helikopter Britain berada negara haram itu. 
 
   Sementara itu, Kementerian Luar Israel mengesahkan bahawa ia menerima jaminan bantuan tambahan dari Azerbaijan, Croatia, Mesir, Perancis, Jordan, Romania, Russia, Sepanyol dan Turki. Israel yang hanya mempunyai anggota bomba seramai 1,500 yang berkhidmat di seluruh negara tidak mampu menangani kebakaran di negara dengan 7.6 juta penduduk.
 
   Israel yang namanya gah di medan peperangan namun tidak mampu mengawal keadaan dan keselamatan negara sendiri malah, memohon bantuan negara lain. Bilangan anggota bomba Israel yang dilaporkan begitu mengejutkan kerana bilangan tersebut begitu kecil berbanding bilangan anggota tenteranya yang begitu ramai. Sungguh tidak munasabah bagi sesebuah negara yang kononnya ingin melindungi keselamatan penduduknya dengan menindas Palestin akan tetapi tidak pula mengambil kira aspek keselamatan dalam negara sendiri.
 
   Nyatalah alasan kerajaan negara haram Israel untuk menyerang Palestin selama ini hanyalah helah mereka untuk melakukan serangan-serangan yang tidak berperikemanusiaan sebelum ini.  Allah menurunkan bala dan bencana kepada mereka dan inilah tanda kekafiran dan penipuan kerajaan negara haram Israel selama ini. Sebagai umat Islam dan sepatutnya sebagai manusia, kita wajib beriman kepada Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Segala kejadian yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. 
 
   Kejadian ini sepatutnya menyedarkan semua umat manusia dengan keesaan Allah S.W.T. dan sesungguhnya Allah S.W.T berpihak kepada pihak yang benar. Semoga ayat 49 daripada Surah Al-Maidah berikut dapat menyedarkan kita dan kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.
 

dan hendaklah kamu (Nabi Muhammad S.A.W.) memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. (49)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain