Lajnah dan Exco

Thursday, December 30, 2010

FESYEN TUDUNG MASA KINI~

Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden....


   Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan bukannya semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada khalayak ramai.

  Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%, mulakanlah langkah pertama anda kerana sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu. Mengapa saya berani mengatakan sedemikian?

Contoh: Wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua lelaki semata-mata ingin menarik perhatian. Benarkan, zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman kita ketika ini? Zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,tetapi kini tidak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran.

 
Manfaat Berjilbab jika anda masih belum mengamalkannya serta kaitan ISLAM dan SAINS


  Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat tetapi isu yang saya hendak kaitkan disini ialah Isu pemakaian Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

  Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka. Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila  kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

 Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.


Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam

  Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat kurang ajar untuk menjahanamkan umat Islam. Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya, maka sebar-sebarkanlah. Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang atau di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan kerana gayanya tidak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah. Jauhilah dari memakai sebegini.kerana inilah agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

 "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
 
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
 
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..
 
Gambar yang sudi dikongsikan bersama antara saudara seIslam untuk menyebarkan salam peringatan ini. Sambutlah salam peringatan ini wahai wanita sekalian. Ingatlah, ISLAM itu bukan hanya terletak pada nama sahaja, ISLAM itu bukan terletak pada keturunan sahaja tetapi Islam itu terletak pada penghayatan, pendekatan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

 
Hayatilah maksud yang tersirat pada SURAH AL-WAQIAH berulangkali. Kerana  insyALLAH  ia akan menyedarkan kepada kita yang Leka dengan permainan dunia.

  Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian. Boleh dikatakan, ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu saling ingat-mengingati? Namun setelah berfikir panjang, terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Firman Allah s.w.t,"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat." (Surah asy-Syu`ara': 214)

  Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.  

  Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
 
  Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,tetapi ALLAH s.w.t yang suruh.

 
 
 .Moga kita menjadi pengunjung syurga dan menetap di sana selama-lamanya. insyaALLAH Berpesanlah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kita juga, Moga kita diberkati Allah seandainya berpakaian menutup aurat sepenuhnya. Bukan sekadar sedikit dan seketika cuma.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain