Lajnah dan Exco

Wednesday, December 29, 2010

Kasih Sayang Allah SWT

  Suatu ketika Siti Aisyah radiallahuanha iaitu isteri rasulullah SAW telah diziarahi oleh seorang ibu tua bersama dua orang anaknya yang mana mereka bertiga ini tersangatlah lapar semasa Rasulullah SAW tidak ada di rumah. Maka Siti Aisyah pun telah melayan dan menghidangkan mereka 3 biji kurma, iaitu seorang 1 biji kurma. Bukanlah Aisyah kedekut tidak mahu bagi mereka kurma lebih, walhal Aisyah dan suaminya, Rasulullah hanya mempunyai 3 biji kurma itu saja yg tinggal. Setelah dihidangkan, maka di rumah Rasulullah sudah tidak ada makanan lain. Dengan sifat kasih sayang isteri Rasulullah yg byk dididik oleh suaminya, maka Aisyah sanggup berlapar demi melihat ibu tadi bersama anaknya dapat menghilangkan kelaparan.Setelah itu, begitu laparnya kedua orang anak ibu tunggal tersebut sehingga keduanya makan dengan begitu cepat sekali dan keduanya memandang kurma ibu mereka kerana kelaparan kedua anaknya belum lenyap. Walhal ibunya tadi merasakan kelaparan yang tidak terhingga. Tetapi, dengan sebab kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang tidak terhingga, maka ibunya telah membelah kurma tersebut untuk dibahagikan samarata supaya kedua anaknya mendapat seorang separuh biji kurma. Lalu kedua anaknya makan dengan begitu cepat. Dengan kelaparan ibu tadi tanpa memakan kurma membuatkan Siti Aisyah mengeluarkan air mata kerana terlalu sebak, ibu itu sanggup berlapar asalkan anaknya kenyang.

   Setelah Rasulullah SAW balik ke rumah, maka Siti Aisyah telah menceritakan perihal ibu tadi yang sanggup berlapar demi melihat kedua anaknya dalam keadaan kenyang kepada suaminya, Rasulullah SAW. Selepas Rasulullah SAW mendengar cerita daripada Siti Aisyah, maka Rasulullah telah bersabda: "sesungguhnya Allah swt sayang pada manusia 70 kali ganda lebih daripada sayangnya ibu pada seorang anaknya"



  
  Tersebut kisah waktu ketika dahulu, ada seorang wanita yang sangat cantik dan digilai ramai. Ada seorang pemuda yang sangat mencintainya telah merayu agar wanita itu boleh bersamanya. Setelah dirayu-rayu dengan pelbagai cara, wanita itu kemudian memberikan syarat yang tidak masuk akal dengan niat pemuda itu akan berputus asa dari merayunya. Syaratnya ialah membawa kepala ibu pemuda tersebut kepadanya.
 
  Berlarilah pemuda itu ke rumah dan memenggal kepala ibunya. Kemudian, dalam dia berlari membawa kepala ibunya kepada wanita itu, maka terjatuhlah dia. Dengan kuasa Allah, kepala ibu itu boleh berbicara dan bertanya anaknya "Wahai anakku, adakah keadaan engkau baik? lukakah kulitmu?bolehkah kau bangun anakku?"

  MasyaAllah, walau dalam keadaan ini pun hati seorang ibu masih memikirkan tentang kebajikan anaknya. Sedangkan anaknya telah melampaui batas terhadapnya.

  Beginilah sanggupnya seorang ibu berkorban untuk anaknya kerana terlalu kasih dan sayang terhadap anaknya. Tetapi kasih sayang Allah swt pada manusia lebih-lebihlah lagi sehinggakan 70 kali ganda lebih daripada seluruh kasih yang tertinggi di dunia ini. Tidak ada satu kasih pun yang dapat menandingi kasihnya Allah swt pada manusia.

  Walaupun kita melakukan laranganNYA, Allah tidak pernah menarik nikmat oksigen daripada kita. Allah tetap memberikan kita peluang untuk meneruskan kehidupan ini agar kita boleh bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Adil.



  Suatu ketika Allah SWT perintahkan Nabi Nuh a.s untuk berdakwah kepada kaumnya supaya beriman kepada Allah SWT. Maka Nabi Nuh a.s telah berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun, itupun hanya lebih kurang 80 orang sahaja yang beriman yang mengikuti ajarannya. Yang lain-lain semuanya ingkar, bukan setakat ingkar malahan menghina, menganggu dan mencederakan Nabi Nuh a.s sehinggakan Nabi Nuh a.s telah ditimbuni batu yang tinggi seperti tingginya gunung ganang yang mana Nabi Nuh tertiimbun didalamnya akibat balingan batu-batu daripada kaumnya yang ingkar. Maka, Nabi Nuh a.s telah berputus asa dan meminta supaya Allah SWT membinasakan kaumnya. Sebelum itu, Allah SWT perintahkan Nabi Nuh a.s membuat dan mengukir satu tembikar yang paling cantik selama tiga hari tiga malam tanpa tidur dan rehat. Maka, Nabi Nuh a.s pun telah mengikut perintah Allah SWTselama tiga hari tiga mala tanpa henti, rehat dan tidur. Maka, terciptalah sebuah tembikar yang begitu cantik dengan ukirannya hasil pengorbanan Nabi Nuh a.s untuk menciptanya. Selesai sahaja tembikar tersebut siap, maka Allah SWT perintahkan Nabi Nuh a.s supaya membaling tembikar tersebut ke tanah supaya tembikar tersebut hancur dan binasa. Maka, dikatakan Nabi Nuh a.s telah menangis dan memujuk Allah SWT supaya tidak pecahkan tembikar tersebut kerana dia telah mengorbankan seluruh masa, tidur dan rehatnya tanpa henti selama 3 hari 3 malam, tetapi Allah SWT tetap perintahkan padanya supaya baling tembikar tersebut sehingga binasa. Maka dalam keadaan sayu dan berat Nabi Nuh a.s pun merosakkan tembikar tersebut dalam keadaan menangis. 

  Maka Allah SWT beritahu kepada Nabi Nuh a.s bahawa....

"BEGITULAH AKU(ALLAH) MENCIPTAKAN MANUSIA DENGAN BEGITU TELITI MELALUI KASIH SAYANG AKU CIPTAKAN MANUSIA,TAPI KAU (NUH) DENGAN SENANG MEMINTA AKU MUSNAHKAN MANUSIA...SESUNGGUHNYA AKU SAYANG KEPADA MANUSIA AKU CIPTAKAN MEREKA BUKAN UNTUK AZAB TAPI UNTUK SYURGA.H ANYA MEREKA YANG TIDAK MEMPERDULIKAN AKU(ALLAH)".. ..(dalam hadis qudsi)

Allah swt telah berfirman di dalam hadis qudsi yg mafhum. "SEORANG MANUSIA YANG MENDAPAT SURAT DARIPADA KEKASIHNYA, MAKA AKAN MENGHENTIKAN SEGALA KERJANYA KERANA HENDAK MENELITI SURAT KEKASIHNYA. SEKIRANYAIA SEDANG BERJALAN MAKA DIA PASTI BERHENTI, SEKIRANYA DIA MAKAN  DIA PUN BERHENTI DARI MAKAN, SEKIRANYA SESEORANG TIDUR PASTI DIANYA SEDAR DAN BANGUN, HANYA SEMATA-MATA UNTUK MEMBACA SURAT KEKASIHNYA. SETIAP PERKATAAN DIFAHAMI DENGAN PENUH KHUSYUK. SEHINGGAKAN MEMBACANYA SURAT KEKASIHNYA BOLEH MEMBUATNYA TERSENYUM BOLEH MEMBUATNYA MENANGIS. SEDANGKAN AKU(ALLAH) TELAH MEMBERIKAN SURAT DAN AYAT-AYAT KU(ALQURAN) NAMUN MANUSIA SEMUANYA BERPALING. MELEBIHKAN SELURUH KERJA YANG LAIN DARIPADA MEMBACA AYAT-AYATKU(ALQURAN), BILA MEREKA MEMBACA TIDAK ADA SIFAT MAHU MEMAHAMI KEHENDAKKU, SEMUANYA INGKAR DARI PERINTAHKU. MAKA SIAPAKAH YANG LEBIH BESAR? AKU ATAU KAWAN-KAWAN KEKASIH KAMU? AYAT-AYATKU ATAU SURAT-SURAT KEKASIH KAMU?ADAKAH KAMU MENANGGAP AKU INI LEBIH KECIL DARIPADA SELURUH KAWAN-KAWAN DAN KEKASIH KAMU. SEDANGKAN AKULAH YANG MENGAZAB KAMU SEMUA DI HARI ESOK"....(mafhum dalam hadis qudsi atau ta'lim fdhail amal atau hayatus sahabah)



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain