Lajnah dan Exco

Saturday, January 1, 2011

INILAH SITUASI GAZA

Melalui pengalaman pelajar-pelajar Melayu yang belajar di Gaza.

    Kami pelajar di mesir tidak menafikan memang sempadan ke Gaza disekat oleh kerajaan Mesir. Di Mesir ada 2 golongan, sama di Palestin. Satu yang berpihak kepada Israel, dan satu yang memperjuangkan pembebasan Palestin. Kebanyakkannya dari golongan pelajar-pelajar universiti sekitar Mesir menggelar diri mereka sebagai brotherhood (Ikhwanul Muslimin) mengadakan jualan amal, tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti-aktiviti lain untuk meningkatkan kesedaran warga Mesir. Namun, mereka ini dikategorikan sebagai golongan pembangkang. Mereka ditentang kerajaan. Disini juga ada ISA namun lebih dahsyat kerana akan dipenjarakan dibawah tanah. Utk pergi berjihad, mgunkin belum ramai yang sanggup melakukannya. 
    Namun ada perkara yang lebih mudah untuk dilakukan boikotlah barangan keluaran Israel. Israel menguasai ekonomi dunia namun penduduk Islam di dunia juga ramai. Apabila kita bersatu boikot barangan Israel, ekonomi mereka akan lumpuh, tidak banyak keuntungan dapat disalurkan ke medan perang untuk membeli peluru dan bom fosforus. Ketahuilah saudara-saudara seIslamku, jangan pandang remeh soal boikot kerana jika kita terusan membeli barangan keluaran Israel adalah umpama kita membantu mereka membeli peluru untuk saudara seIslam kita di Palestin. Ingatlah, di akhirat kelak, apabila dibangkitkan semula, dan disoal apakah yang dilakukan apabila Islam dihina? Apabila saudara seIslam kita dianiaya? Apabila saudara seIslam terus terusan dibunuh dengan kejam, apakah yang kita telah lakukan atas nama Islam, apakah jawapan yang kita ada?

    Apakah senjata kita untuk menentang yahudi? Jauhi sikap cintakan dunia dan takutkan mati. Jadilah seperti tentera badar yang bukan kuat fizikalnya tetapi kuat imannya. Tentera badar yang seramai 313 orang berjaya menewaskan orang kafir berganda-ganda lebih ramai dan lebih lengkap senjata perangnya kerana mendapat bantuan Allah. Kerana iman mereka, berduyun-duyun malaikat turun membantu mereka berperang di jalan Allah. Dalam keadaan kita yang lemah imannya dan cintakan dunia, bagaimana pertolongan Allah itu akan datang sedangkan kita sendiri jarang berdoa padaNya..Umat Nabi Muhammad SAW adalah khalifah dibumi ini, namun yahudi meletakkan kita di tingkat paling rendah, sama tingkat dengan hamba hutang dan babi (rujuk 13 payung mahkota freemason).

    Adakah anda ingin menjadi seorang khalifah yang Allah angkat darjat mereka disisiNya, atau anda ingin terus-terusan jadi hamba hutang yahudi? Tepuk dada tanya iman. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sila baca email yang saya terima dibawah.


   Semasa Razali Awang, pemberita TV3 yang pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke syarikat saya untuk berkongsi pengalamannya anjuran Persatuan Islam Pekerja .Setiap kali Razali bercerita, mesti tersekat-sekat sebab dia kata dia tidak dapat lupakan pengalamannya dan dia akan kenang smpai mati. "Saya ada sesuatu yang hendak dikongsikan, yang membuatkan saya tidak boleh tidur malam tadi"

Mesir

    Razali kata " Mesir ni Firaun moden. Nama saja Islam tetapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid. Mesir telah menyekat sempadan yang merupakan satu-satunya laluan ke Gaza . Makanan dan ubat-ubatan semua rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza dan Mesir ialah 14 km, Kalau lah tidak ada sekatan, rakyat Palestin takkan kebuluran." Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas!" - "Apa punya manusia ni" kata Razali Awang. 

    Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu kepada rakyat Palestin yang dia temubual, "Di Malaysia setiap kali Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine" Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir, tetapi dengan pertolongan Allah SWT terlepas pula .Tetapi yang peritnya apabila ada yang minta rasuah! Harga naik bas 500 meter ialah RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika dan Israel.

Gaza ( Palestine )
   Terbahagi kepada dua puak - Hamas dan Fatah. Sebelah pihak Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, "Strawberi terbaik datangnya dari Gaza !" dan  Imam Shafie lahir di sini. Razali kata rakyat Palestine sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie. Orang Palestine sangat baik dan ramah berbanding daripada orang Arab yang lain yang terdapat di Mesir . Moyang Rasulullah SAW dikebumikan di sini. Negara yang sangat cantik dan beriklim Mediterranean .Rasanya boleh kalahkan Los Angeles kalau tukan dek kerana peperangan!

Hamas

    Memang kalangan yang rela mati sebab mati syahid. Rela mati bila-bila masa. Bila bersalam perpisahan dengan Razali mereka ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi". Umpama mereka tahu yang mereka boleh mati bila-bila masa.Tulang-tulang  yang melekat pada dinding bangungan rosak, tidak busuk walaupun sudah berminggu! Mayat tidak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel .Punyalah jahat manusia, kubur pun hendak dibedil konon tempat simpan senjata la...
   Hamas ada 25,000 orang. Tiada  senjata canggih tetapi yang mati hanya 100 orang lebih sahaja!! Hamas ini beroperasi di bawah tanah dan mereka berada di mana-mana. Mereka beroperasi dalam bentuk kumpulan-kumpulan kecil. Isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak-kanak yang mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ini sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi.

Israel

    Memang pengecut sebab tidak berani berperang seorang demi seorang dengan Hamas. Di darat hanya duduk dalam kereta kebal. Selepas itu, serang dengan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Mereka tahu yang Hamas ada penembak tepat! Jadi, mereka takut hendak turun dari kereta kebal.
    Kereta kebal Israel telah musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman tersebut mengambil masa bertahun-tahun hendak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tiada sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel taidk ikut!!! Ada back-up besar lah katakan.

Rakyat Palestine

    Sedih Razali tengok mereka rebus rumput sebab ketiadaan makanan. Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain daripada ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! 

     Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat sudah tiada. Razali kata tidaksanggup dia tengok budak-budak menjerit-jerit kesakitan apabila kepala dijahit! 

    Dia juga pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus  Sebelum serangan ada beberapa doktor sedang membedah pesakit. Razali kata tiada apa yang tinggal  kerana semua sudah jmenadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit di sini-sana. Fosforus akan hancurkan kulit dan tulang. Nauzubillah. Ada banyak lagi.tetapi terlalu panjang untuk ditulis. Razali Awang memang sukareal hendak pergi ke Gaza  Jadi, inilah yang diceritakan oleh beliau. 

   Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA ialah negara jiran kita yg paling dekat, SINGAPURA! Jadi, Razali kata kalau kita shopping di sana macam kita sokong Israel . Jadi kawan-kawan, kita terus berdoa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada.
Wassalam. 
Gambar-gambar di bawah bukanlah Movie Shooting atau Celebrating a festival with crackers... Itu ialah sekolah-sekolah di Gaza. Inilah situasi-situasi yang kebiasaannya dihadapi mereka yang tidak berdosa di Gaza!

Pastikan anda baca sehingga ke akhirnya untuk mengetahui apa itu white phosphorus dan kesannya!































Tolong kongsikan info ini. Biar seluruh dunia tahu!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain