Lajnah dan Exco

Monday, March 28, 2011

TUJUAN HIDUP

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf diucapkan kepada sidang pembaca sekalian kerana terlalu lama meninggalkan blog ini tanpa pengisian. InsyaALLAH moga-moga selepas ini kami akan bergerak lebih proaktif. Alhamdulillah, hari ini ana diberi peluang untuk menulis sekali lagi. Alhamdulillah pada minggu lepas pelajar Batch 25 telah mengambil  keputusan SPM 2010. Tahniah kepada semua. Mana-mana yang tidak mendapat keputusan cemerlang, janganlah terlalu kecewa kerana masih ada banyak peluang di hadapan. percayalah dengan apa yang ALLAH takdirkan untukmu kerana pasti ada hikmahnya .Seperti firman Allah:

"Diwajibkan ke atas kamu berperang. Padahal ia tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

Ana ingin kongsikan sedikit tentang pengisian yang ana dapat daripada tazkirah Dr.Mohd Hizul Azri semasa ana mengikuti Teens Adventure Camp pada minggu lepas.

Kadang-kadang kita terlupa, alpa, dan leka ttg tujuan asal kita diciptakan olehNYA. Apa kamu masih ingat tentang penciptaan kita? Malaikat mempersoalkan penciptaan kita kerana kita akan merosakkan bumi ALLAH. Kita adalah khalifah di bumi ini yang memegang panji-panji Islam, dan penyebar kepada sekalian manusia supaya mentauhidkan ALLAH.insyaALLAH. 
Sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Umar r.a:“Kamu semua adalah pemimpin dan kamu akan dipersoalkan setiap apa yang kamu pimpin.Seorang imam (pemimpin negara) adalah pemimpin dan akan ditanya (dipersoalkan) apa yang telah dipimpinnya….”
Kedua, kita diciptakan untuk beribadah kepada ALLAH.

"Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada ALLAH" (52:56)

Jin dan syaitan juga mentaati ALLAH tetapi oleh kerana kesombongan syaitan, dia berpaling daripada ALLAH dan berjanji untuk menyesatkan sekalian anak cucu Nabi Adam hingga ke hari kiamat. Adakah syaitan telah berjaya menyesatkan anda?Nauzubillah.

 
Ketiga, kita diciptakan untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Sesungguhnya kita adalah umat yang terbaik dan kita wajib meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.

"Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada ALLAH." (3:110)

Ya! Ramai di antara kita melakukan amar makruf, tetapi apa kita mampu melaksanakan nahi mungkar?? Islam telah menggariskan beberapa kaedah untuk mencegah kemungkaran agar dapat dilakukan secara berhikmah dan bijaksana.Sabda Rasulullah S.A.W.::
“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan lidah(menasihati) dan jika tidak mampu hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.
Berdasarkan hadis tersebut, terdapat tiga cara untuk mencegah kemungkaran:
Pertama : Menggunakan tangan (kuasa)
Seseorang itu hendaklah mencegahnya dengan kuasa atau kemampuan yang ada padanya.Ini adalah menjadi amanah serta tanggungjawab pemerintah atau penguatkuasa yang jelas mempunyai bidang kuasa dari segi perundangan.

Kedua : Menggunakan lidah
Bagi mereka yang tidak berkemampuan mencegah dengan kuasa,maka hendaklah mencegahnya dengan lisan secara berhikmah.Kerosakan sosial yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah kerana kita merasa takut untuk menegur perbuatan mungkar,yang berlaku di hadapan mata dengan alasan “tidak mahu jaga tepi kain orang”.

Ketiga : Menggunakan hati
Sekiranya kita tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisan ,maka hendaklah mencegah dengan hati iaitu membenci perbuatan tersebut,sentiasa berdoa dan berharap si pelaku diberikan petunjuk oleh ALLAH untuk kembali kepangkal jalan. Menggunakan cara ini digambarkan sebagai selemah-lemah iman .
Keempat, kita dihidupkan untuk mencari keredhaan ALLAH. Mohonlah keredhaan dalam setiap doa kita Allah supaya hidup kita tidak sia-sia. Kalau kita belajar sampai ke liang lahad tetapi tiada keredhaan Allah, tetap tiada gunanya. Cukuplah dengan hanya berniat melakukan setiap sesuatu untuk mencari keredhaanNYA.
"Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan mendapat tempat yang baik di dalam syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung." (9:72)
Kita adalah umat yang amat amat dirindui oleh Rasulullah. Cuba kalian lihat VIDEO INI . Cuba anda LIHAT INI pula. Betapa sayang Rasulullah kepada kita. Besar perjuangan baginda!! Adakah kamu mencintai baginda sama seperti baginda mencintai kamu?? Fikirkanlah..dan TERUSKAN PERJUANGAN BAGINDA!! insyaALLAH boleh..
Sekian, wallahualam

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain