Monday, April 4, 2011

MARI BERMUJAHADAH!

ASSALAMUALAIKUM  W.B.T.

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan ALLAH.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahu." (At-Taubah, 9 : 41)

Setelah anda mengetahui tujuan hidup anda dalam post yang lepas. Bermujahadahlah!! Tapi bagaimana untuk bermujahadah? It is not as easy as ABC. Sebuah transformasi diri perlu dilakukan segera. Namun perlu diingatkan mujahadahlah secara istiqamah. Bukannya secara drastik kerana ana takut kalian gayat apabila berada di tempat tinggi dan akhirnya jatuh dan yang paling malang apabila anda tidak mampu untuk bangun semula. 

"Mereka itu bersegera dalam kebaikan,dan merekalah orang-orang yang lebih dahulu memperolehnya" (23:61)


Sepanjang perjalanan kita untuk bermujahadah sudah tentu pelbagai onak duri akan ditempuhi. Namun begitu, dari situlah kita akan belajar untuk menjadi kuat kerana ujian yang lebih besar sedang menunggu kita. Bukan senang untuk menjadi Mukmin yang beriman walaupun Muslim itu ramai.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"
"Dan sungguh KAMI telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yg benar dan orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2&3) 

Sepanjang perjalanan untuk bermujahadah itu, akan terdidiklah iman dan taqwa. insyaALLAH. Jangan melengah-lengahkan diri untuk membuat transformasi diri andai kalian tidak mahu diibaratkan seperti haiwan ternakan.Justeru, panduan diperlukan untuk memastikan jalan itu benar iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Jangan pernah tinggalkan 2 wasiat Baginda ini.

"Dan sungguh akan KAMI isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memilliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH) dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat ALLAH). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lengah" (Al-A'raf : 179)

ALLAH wahyukan Al-Quran kepada Rasulullah adalah sebagai peringatan kepada kita dan kebanyakan ayat akan diulang-ulang agar kita dapat mengingati peringatan itu seperti firman ALLAH,

 "Dan sungguh dalam Al-Quran itu telah KAMI jelaskn berulang-ulang peringatan,agar mereka selalu ingat.Tetapi peringatan itu hanya menambah mereka lari dari kebenaran"    (Al-Isra, 17 :41)

JANGAN jadi hamba kepada dunia! JANGAN jadi hamba kepada fesyen! JANGAN jadi hamba kepada duit! JANGAN, JANGAN,JANGAN....dan JANGAN pernah mengikuti kebanyakan orang di bumi ini kerana ALLAH telah berfirman:.

"Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan ALLAH. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan" (6:116)

Adakah anda jelas sekarang? Mengapa perlunya BERMUJAHADAH? Memang tidak dinafikan mujahadah itu pahit. Namun, beringatlah 

.::MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS::.

2 comments:

  1. macam mana nk kekalkan diri kita utk terus bermujahadah??istiqamah itu sukarkan??

    ReplyDelete
  2. salam . entry bagus , boleh muhasabah . saya mohon share ?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain