Lajnah dan Exco

Monday, April 11, 2011

..::TARBIYAH::..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana ana masih lagi diberi kekuatan dan keizinan untuk menulis post yang seterusnya. Semoga kita semua berada dalam kemanisan iman hendaknya. InsyaAllah.

.:TARBIYAH?:.

TARBIYAH. Perkataan ini pertama kali ana dengar ketika berada  di SERATAS. 17 tahun hidup baru kali ini mengenali tarbiyah. JazakAllahu khayran kepada murobbi dan murobbiyah dari UTP. Alhamdulillah, bila Allah berkehendak untuk memberi hidayah takkan ada sesiapa yg mampu menghalangnya. Firman Allah SWT: 

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk"  (al-Qasas, 28:56) 

Kata at-Tarbiyah adalah bentuk masdar dari fi’il madhi rabba , yang mempunyai pengertian yang sama dengan kata ‘rabb’ yang bererti nama Allah. Dalam al-Qur’an tidak ditemukan kata ‘at-Tarbiyah’Imam Baidhawi mentafsirkan pada kata dasar Rabb itu bermakna tarbiyah yang bererti memproses hingga mencapai kesempurnaan setahap demi setahap.


Senang cerita, tarbiyah itu asalnya dari perkataan Rabb yakni bermaksud Pencipta. Tarbiyah itu bermaksud didikan. Kesimpulannya didikan utama kita adalah dari Allah. Firman Allah : 

"Dan DIA mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda) seluruhnya" (Al-Baqarah, 2:31) 

Justeru, kita harus berada dekat dengan Allah agar kita terdidik menjadi generasi Rabbani. Generasi Rabbani ialah pengabdi-pengabdi Allah. Untuk menjadi generasi Rabbani, kita wajib membaca dan paling penting memahami isi kandungan al-Quran. Memang tidak dinafikan ramai yg membaca al-Quran tetapi yg menjadi persoalannya "Faham ayat Allah itu?". So, mulakan sekarang untuk membaca tafsir al-Quran. Apabila kita sudah faham sesuatu ayat berkongsilah dan ajarkan pula kepada orang lain agar ilmu Allah itu berkembang. InsyaAllah.

"Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kamu mempelajarinya!" (Ali-Imran, 3:79)

.:JIHAD:.

"Susahlah nak berubah, aku dah biasa cmni..". Memang berubah atau bermujahadah itu sukar ttp hanya di peringkat permulaan. Apabila anda sudah bergerak ke fasa yang seterusnya anda akan merasai nikmat iman dari Allah. insyaAllah. Namun perlu diingatkan untuk beristiqamah itu agak sukar dan dari situlah akan terujinya iman untuk melawan hawa nafsu. Tetaplah berpegang teguh dengan pendirianmu untuk bermujahadah. Firman Allah : 

" Katakanlah, jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perdagangan yg kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yg kamu sukai, lebih kamu cintai drp Allah, Rasul-Nya, serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kpd orang-orang yg fasik." 
(at-Taubah, 9:24)



Inilah tingkatan-tingkatan cinta yg Allah tetapkan. Cinta yg utama itu ialah Allah, Rasul-Nya dan jihad di jalan-Nya. Bila kita mencintai ketiga-tiganya, kita akan menjadi manusia yg paling bertuah. InsyaAllah. Kita sanggup melakukan apa sahaja demi cinta kita kpd Allah, Rasul-Nya dan jihad. 

Apabila mencintai Allah, kita tinggalkan segala kemungkaran dan melaksanakan yg makruf. Anggota badan keseluruhannya secara refleks akan menghindari larangan Allah dan lebih cenderung utk melakukan kebaikan. Hidup ini amat bermakna apabila setiap perkara yg dilakukan hanya utk mencari redha Allah. FirmanNya: 

"Dan keredhaan Allah lebih besar, itulah kemenangan yg agung." (at -Taubah, 9:72)

Apabila mencintai Rasul-Nya dan jihad, kita amalkan sunnah baginda dan teruskan perjuangannya utk berdakwah menyebarkan Islam. Bersabarlah dalam menghadapi pelbagai  kecaman dan kesusahan dalam berdakwah. Pengorbanan dari segi masa, wang dan tenaga perlu dilakukan. Yakinlah dengan nikmat syurga yg Allah janjikan. Beruntung kita menjadi orang yang sangat dirindui Rasulullah seperti video yg terdapat dalam post tujuan hidup . Marilah kita berjihad bersama meneruskan dakwah Rasulullah ini!!...InsyaAllah.


..::TARBIYAH MENJADIKAN MANUSIA BIASA BERTUKAR MENJADI LUAR BIASA::..

1 comment:

  1. TARBIYAH MEMBUATKAN KITA BERFIKIRAN MATANG..N RATIONAL..INSYAALLAH

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain