Lajnah dan Exco

Sunday, April 17, 2011

MUTABA'AH

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, hari ini ana diberi peluang sekali lagi utk menulis (walapun menaip aje). Post kali ini ana ingin berkongsikan ttg amalan-amalan yg kita semua boleh lakukan utk memastikan hubungan kita dengan Allah terpelihara. insyaAllah. Ini juga salah satu cara utk bermujahadah. Post sebelum ini ada membincangkan ttg mutaba'ah. Mari kita lihat apa yg boleh kita lakukan... 

5 PERKARA??

Amalan-amalan dalam mutaba'ah ialah antara amalan yg diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Maka, kita sebagai umatnya perlu meneruskan amalan baginda untuk memastikan kita sentiasa dekat dengan Allah. Untuk menggapai cinta Allah, kita perlu ada strategi dan target tertentu. Jangan ingat dalam exam je ade target!! Terdapat 5 perkara yg wajib diamalkan setiap minggu. Tak banyak pun..sikit jer ni..InsyaAllah boleh!!(mcm adik-adikku)

  • QIAMULLAIL
    Dalam qiamullail @ bangun pd waktu malam, kita lakukan solat-solat sunat seperti tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat istikharah dan lain-lain. Solat istikharah??hehe..bukan niat nk cari jodoh ttp niat supaya Allah berikan petunjuk kpd kita setiap masa dalam apa jua keputusan yg ingin dilakukan. Pentingnya bertahajjud ini dIbuktikan dlm firman Allah:

    ” Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”( al- Isra', 17:79)

    Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa sunat pada bulan Muharram, dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam.’ (HR.Muslim)

    Letakkan target anda utk berqiamullail sekali pada minggu ini. Minggu yg seterusnya qiamullail 2 kali.

  • AL-MATHURAT
    "Al-Mathurat??tak pernah dengar pun"..al-Mathurat ialah ayat-ayat al-Quran yg diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. yg disusun semula oleh Imam Hassan Al-Banna. Daripada Ibn Mas'ud, Rasulullah S.A.W. bersabda :

    " Siapa yg membaca sepuluh ayat dari surah Al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk di dalam rumahnya sampai pagi dan  juga tidak akan dilihatnya apa-apa yg buruk menimpa keluarganya ataupun hartanya." (Riwayat al-Durani dan al-Bahaqi)

    Begitulah kelebihan bacaan dan zikir yg terkandung dalam zikir al-Mathurat yg dijanjikan Allah kpd utusanNya Nabi Muhammad S.A.W. Beruntunglah bagi mereka yg mengetahui nilai zikir dan doa dalam kehidupan kita. Anda boleh mendapatkan al-Mathurat dalam buku utk bacaan Yassin. Selalunya ada yg digabungkan sekali dgn surah Yassin. Bacaan al-Mathurat dilakukan pada waktu pagi dan petang dan ianya dikira sekali. letakkan target anda akan membca al-Mathurat 2 kali pada minggu ini Gandakannya pada minggu berikutnya.

  • SOLAT SUNAT DHUHA
    Kelebihan solat sunat Dhuha ialah dapat menambahkan rezeki. InsyaAllah. Bukanlah maksudnya rezeki yg Allah berikani tu hanya dari segi wang ringgit dan harta benda sahaja. Malah kadang-kadang apabila terasa buntu dan runsing Allah berikan ilham dan ketenangan. Maka, itu adalah salah satu rezeki dari Allah. 

    Rasulullah bersabda: "Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

    Daripada Abu Hurairah, Sabda Rasulullah S.A.W, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah S.A.W.) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

    Solat sunat dhuha boleh dilakukan 2,4,6,8,10 atau 12 rakaat. Rasulullah S.A.W. sering melaksanakan 8 rakaat. Waktu melaksanakannya pula adalah dari pukul 8 pagi hingga waktu zohor. Letakkan target anda bahawa anda akan laksanakan solat sunat Dhuha 2 kali pada minggu ini. Minggu depannya gandakan kepada 3 kali dan seterusnya,

  • ISTIGHFAR
    Beristighfarlah 100 kali sehari. Itulah yg dilakukan Rasulullah S.A.W. saban hari dengan penuh penghayatan. Sebenarnya 100 kali beristighfar itu anda tidak akan terasa pun. Ada sahaja kelapangan kita beristighfar. Lagi bagus sambil beristighfar itu kita dapat menghayatinya.Wahai pembaca sekalian, sesungguhnya zikir memiliki pengaruh yang sangat kuat bagi i membentuk karakter diri yang dekat dengan Allah, sentiasa berlindung dan berserah diri secara total kepada-NYA.

    “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”
    (Al-Anfal, 8:2)
    .

    “Kerena itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.”
    (Al-Baqarah, 2:152)

    Sungguh amat jauh bezanya seseorang yg sentiasa ingat Allah dgn orang yg mudah melalaikan-Nya. Kita hendaklah menjadikan zikir sebagai rutin harian sehinga kehidupan ini menjadi lebih indah dalam naungan redha Allah. Target untuk beristighfar pula ialah sehari kita akan beristighfar 100 kali. Bagi para mujahidah yg 'bercuti', gandakan istighfar sebanyak 200@300 kali dan buatlah tambahan seperti membaca bahan-bahan bacaan yg dapat mengingatkan diri kepada Allah, Rasulullah dan dakwah. Contohnya, dalam sehari anda baca 3 muka surat, jadi dalam seminggu anda sudah baca 21 muka surat.

  • AL-QURAN
    Kitab Allah perlu dibaca setiap hari, paling minimum pun sehari sehelai. Kalau boleh seminggu khatam 1 juzuk. Kalau nak yg lagi bagus setiap bulan khatam al-Quran. Tak mustahilkan? InsyaAllah boleh!! Tetapi yg paling penting beristiqamahlah. Jangan pula dah baca 7 hari berturut-turut selepas itu, tak baca seminggu. Nanti terbelit-belit pulak lidah nak membacanya semula. Kadang-kadang ada segelintir di antara kita yg bila dekat je tarikh exam baru nak buka al-Quran, sibuk cari Yassin, baca al-Mathurat segala. Ada ke patut? Seolah-olah di anak tirikan pula. Jangan pernah sekali pun kita asingkan agama dengan kehidupan harian. Biarlah kedua-duanya bergerak seiringan.

    "Kemudian Kitab ini Kami wariskan kepada orang-orang yg Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yg menzalimi diri sendiri, ada yg pertengahan dan ada pula yg dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yg besar." (al-Fatir, 35:32)

    Allah telah turunkan kita al-Quran. Namun, di antara kita ada yg menzalimi diri sendiri iaitu orang yg melanggar perintah Allah dan mereka tidak takut dgn azab Allah. orang yg pertengahan pula ialah orang yg hanya mengamalkan separuh sahaja suruhan Allah dan yg lain dia ingkar. Orang yg dahulu berbuat kebaikan ialah orang yg sentiasa alert dengan suruhan Allah tanpa diseru oleh manusia lain. Apabila ada peluang utk membuat amar makruf, dia akan terus melakukannya tanpa ditangguh-tangguh. Kita letakkan target dalam bacaan al-Quran. Contohnya, dalam masa seminggu kita akan khatamkan 1 juzuk. Minggu seterusnya kita khatamkan 2 juzuk.


RUMUSAN

InsyaAllah anda boleh melaksanakan amalan-amalan mutaba'ah ini. Kita mesti ada komitmen dgn Allah dan ibadah kita. Anda boleh laporkan amalan mutaba'ah anda di blog ini. Istiqamah dalam melaksanakannya. Istiqamah itu bukan maksudnya kita berada di tahap yg sama sahaja. walaupun konsisten tetapi ada peningkatan. Contohnya minggu ini kita lakukan sekali qiamullail, sekali al-mathurat, sekali dhuha, khatam 1 juzuk dan istighfar 100 kali tetapi pada minggu hadapannya, kita gandakan semuanya kepada dua. Nampak macam susah tetapi anda cubalah dahulu demi ALLAH bermujahadahlah!! Itulah cara utk memastikan kita tidak jauh dari Allah.

Sekian. wallahualam.
..::~~SELAMAT BERAMAL~~::..



4 comments:

  1. nice one :) ia bukan suatu yang mudah kerana yang dicari ialah amal yang ikhlas nan istiqomah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tidak mudah menguraikan istilah-istilah yang tinggi dalam keilmuan islam jikalau tidak memiliki maluri yang hebat, selamat sobat, semoga dikaruniai kemulyaan dari Allah SWT. amin

      Delete
  2. YA!SETUJU DGN IQBAL..ISTIQAMAH ITU AGAK SUKAR TTP ITULAH YG DIKATAKAN MUJAHADAH..KITA KENE KETEPIKAN YG LAIN2 TERUTAMA SIFAT MALAS DEMI ALLAH..TTP UTK MALAKSANAKNNYA DGN IKHLAS BAGAIMANA ERK??

    ReplyDelete
  3. mule2 kite akan rse sush...tpi klau da buat lama2..insyaALLAH kita akan rase ganjil ble kite terlupe nak buat mutabaah....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain