Lajnah dan Exco

Wednesday, April 27, 2011

PELIK

Assalamualaikum.


Post untuk minggu ini ana ingin berkongsi tentang apa yang kawan ana dapat daripada satu hari pengembaraannya ketika pergi mengadakan halaqah baru-baru ini. InsyaALLAH. Ikuti kisahnya dan sama-samalah kita fikirkan.


IBRAH

Ana sedih melihat umat islam pada masa kini. Islam hanya pada nama bukan pada hati. Sungguh terkilan melihat cara hidup umat Islam sekarang.Sama sahaja watak orang-orang kita dengan orang-orang asing yang datang ke sini.Bagaimanakah kita perlu melaksanakan Islam dalam kehidupan kita. InsyaALLAH.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu" (Al-Baqarah, 2:208)

Ayat ini jelas menunjukkan kita hendaklah masuk ke dalam islam secara keseluruhan 100%. Tiada istilah masuk separuh-separuh. Kalau masuk separuh-separuh, inilah jadinya solat tetapi tak tutup aurat, puasa tapi tak solat, bertudung tetapi berpakaian ketat. MasyaALLAH apa nak jadi umat islam zaman kini. Mana umat yang sedang berusaha memasuki Islam 100%?? Alhamdulillah, semoga Allah memudahkan semua urusan bagi mereka yang berusaha mendekati ALLAH. Jikalau kita merangkak untuk mendekati ALLAH, nescaya DIA akan berlari unutk mendekati kita. 

Kita sering mendengar "ala,baik sikit-sikit pun jadilah","aku ni nak kata jahat sangat pun tak,baik sangat pun tak,kiranya tengah-tengah la". Firman ALLAH:

"Dan kami menunjukkan kepadanya dua jalan (kebaikan dan kejahatan)" (Al-Balad, 90:10)

Dalam Al-Quran sendiri ada tertulis, kita hanya ada dua pilihan sahaja iaitu baik atau jahat. Apa-apa pun dalam hidup kita, kita perlu pilih sama ada baik atau jahat. Kalau kita nak jadi baik, kita jadi baik sunguh-sungguh. Kalau kita nak jadi jahat,jangan pula kita jadi jahat sungguh-sungguh. Kalau kita terfikir nak jadi jahat, segeralah bertaubat kepada Allah S.W.T. Jangan pernah sekalipun terdetik di hati nak jadi jahat walaupun sesaat. Kalau lepas satu saat itu, anda meninggal bagaimana? Semua yg berlaku kpd diri kita bermulanya dari niat. Berniatlah dlm setiap gerak langkah kita hanyalah utk mencari redha ALLAH.
Kepada kawan-kawan yang ada niat untuk berubah. Alhamdulillah, itu tandanya Allah telah bukakan jalan untuk kawan-kawan. Jangan toleh ke belakang dan terus maju ke hadapan supaya dapat merasai kemanisan iman. InsyaALLAH. Untuk mendapat kemanisan iman, kita harus bersabar dalam mengharungi ujian yang Allah berikan. BERMUJAHADAHLAH!!. InsyaALLAH boleh (mcm Adik-Adikku)

"Wahai orang beriman, minta tolonglah kpd Allah sesungguhnya Allah bersama Orang yang sabar" (Al-Baqarah, 2:153)

KESIMPULAN

Allah senttasa bersama kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Banyakkan berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui segala-galanya. Dia tahu apa yg terbaik utk diri kita. Percayalah dengan setiap perkara yg ditakdirkan utk kita. Jangan pernah mengeluh kerana ALLAH tahu kemampuan diri kita dlm menghadapi sesuatu cabaranNYA. ALLAH tak akan pernah membebani hambaNYA. Seperti firmanNYA:

"Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. " (Al-Baqarah, 2:286)



Sekian, wallahualam

..::SELAMAT BERMUJAHADAH SEMUA::..



2 comments:

  1. mmg manusia semakin pelik..hmm..(-_-)??

    ReplyDelete
  2. post ni memang best. sangat bermanfaat!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Ratings and Recommendations by outbrain